Diploma Teknologi Maklumat (Keusahawanan)(DITE)
No. Rujukan Program | KPT/JPS[N/482/4/0174]:MQA/PA9250(07/23) |
Tahap Program | Diploma/Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia |
Bidang Program | 482 – Computer Use |
Bahasa Pengantar | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
Kaedah Pengajaran | Konvensional |
Mod Program | Sepenuh masa |
Kaedah Pengajaran | Kuliah, Tutorial dan Latihan Industri |
Kredit Bergraduat | 91 kredit |
Tempoh Pengajian | Sepenuh Masa : 2 ½ tahun (5 Semester Panjang 2 Semester Pendek) |
Ketua Program DITE
Nor Afizah binti Misnan
: nor.afizah@kpbkl.edu.my
Deskripsi Program DITE
Diploma Teknologi Maklumat ( Keusahawanan) atau nama ringkasnya DITE adalah merupakan program di bawah Sekolah Sains Komputer dan Kuantitatif, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Ambilan pertama adalah pada September 2018. Tujuan program Diploma Teknologi Maklumat Keusahawanan (DITE) adalah untuk melahirkan graduan yang kompeten dalam bidang teknologi maklumat dan keusahawanan selain memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dan industri di Malaysia dan antarabangsa. Sejajar dengan kemunculan Revolusi Perindustrian 4.0, di mana ianya merupakan peralihan daripada era digital kepada era siber fizikal. Keadaan ini akan mencetuskan kepada wujudnya permintaan terhadap peluang pekerjaan yang sangat kurang di masa ini. Antaranya adalah seperti pengurus akaun media sosial bagi sesuatu organisasi atau syarikat yang menjalankan perniagaan melalui atas talian seperti di Facebook, Instagram dan Whatsapp syarikat bagi tujuan pemasaran. Selain daripada itu, usahawan atas talian (online) juga semakin bertambah dari semasa ke semasa . Hal yang demikian, mewujudkan pasaran kerja yang akan dipenuhi dengan individu atau tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis. KPBKL sedang menuju ke arah institut pendidikan tinggi yang lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran baharu itu agar mana-mana golongan pelajarnya tidak terpinggir dalam era siber fizikal ini.
Objektif Pembelajaran
Program ini akan melahirkan graduan yang :
- Kumpulan pelaksana usahawan berteknologi yang berkeupayaan mengaplikasi pengetahuan, memahami dan menganalisis isu serta keperluan majikan atau industri
- Usahawan teknologi yang berkeupayaan memimpin dan bekerjasama dalam satu pasukan bagi menyelesai masalah merentas disiplin melalui komunikasi berkesan dan pemikiran kritis
- Usahawan teknologi yang sentiasa mempertingkat pengetahuan serta berkeupayaan bergerak seiring dengan kemajuan infrastruktur ICT semasa untuk meneroka peluang baru
- Usahawan teknologi yang sentiasa berpegang teguh pada nilai, etika, moral, adab dan profesionalisme dalam menawarkan perkhidmatan
Prospek Kerjaya
Graduan program DITE boleh menceburi kerjaya sebagai :
- Usahawan Teknologi Maklumat
- Pengurus Syarikat
- Pegawai Pemasaran
- Pegawai Pembangunan Perniagaan
- Pegawai Analisis Perniagaan Internet
Syarat Kelayakan :
- LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun setaraf dengannya dan;
- Mendapat tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran termasuk MATEMATIK ATAU;
- O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk MATEMATIK ATAU;
- LULUS SKM tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan LULUS SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM; ATAU
- LULUS Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; dan LULUS SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran MATEMATIK di peringkat SPM; ATAU
- LULUS kelayakan lain yang setara dengan sijil (Tahap 3, MQF) dan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM
(Calon yang tidak mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM boleh diterima masuk sekiranya program sijil tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik yang setara dengan mata pelajaran Matematik di peringkat SPM.) ATAU - STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran; dan kepujian Matematik di peringkat SPM; ATAU
- STAM (pangkat maqbul); dan kepujian Matematik di peringkat SPM; atau 9. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara
Yuran Pengajian & Yuran Pendaftaran :
- RM 25,198.00* sepanjang tempoh pengajian.
Asrama :
- RM 3,570.00* sepanjang tempoh pengajian.
*tertakluk kepada pindaan semasa
Peluang Melanjutkan Pengajian
Graduan Diploma Teknologi Maklumat (Keusahawanan) boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti awam (IPTA) dan universiti swata (IPTS) yang menawarkan program yang berkaitan.