Diploma Kaunseling Islam (DKI)

No. Rujukan Program MQA.600 – 2/1/6 Jld 145 (30) bertarikh 5 Ogos 2021
Tahap Program Diploma/Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)
Bidang Program 762 – Social, work and counseling
Bahasa Pengantar Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris
Kaedah Pengajaran Konvensional
Mod Program Sepenuh masa
Kaedah Pengajaran Kuliah dan Tutorial
Kredit Bergraduat 91 kredit
Tempoh Pengajian 2 tahun ½ bulan (5 Semester Panjang 2 Semester Pendek)

Ketua Program DKI

Norhazirah Binti Mustaffa
norhazirah@kpbkl.edu.my

Deskripsi Program DKI

Diploma ini merupakan integrasi di antara disiplin Ilmu Kaunseling, Psikologi dan Pengajian Islam. Penawaran diploma ini bertunjangkan bidang asas bimbingan kaunseling yang dilengkapi dengan pengetahuan agama kerana isu- isu berkaitan kesihatan mental serta masalah sosial masyarakat masa kini memerlukan pembimbing yang boleh membantu secara holistik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah secara hibrid (gabungan pembelajaran dalam talian dan bersemuka), kajian lapangan dan latihan industri. Jangkamasa pengajian program ini adalah selama 2 ½ tahun.

Objektif Pembelajaran Program :

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang:

  • Mengetahui pengetahuan asas dalam bidang kaunseling dan psikologi Islam
  • Melaksanakan prinsip Islam dan kaunseling dalam menangani situasi, masalah dan isu.
  • Mengaplikasikan teknik dan kemahiran kaunseling dan menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam melakukannya
  • Menggunakan aspek kemahiran interpersonal dan komunikasi yang bersesuaian ketika berurusan dengan orang lain
  • Menggunakan pelbagai aplikasi maklumat dan digital dalam pengurusan data kaunseling
  • Mempraktikkan kerja secara pasukan dan memperlihatkan kesedaran tentang tanggungjawab sosial berkaitan
  • Menggunakan kemahiran personal dan keusahawanan untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya
  • Memperlihatkan iltizam kepada nilai dan ajaran Islam dalam menawarkan perkhidmatan membantu.

Syarat Kelayakkan :

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengan sekurang-kurangnya TIGA kredit DAN lulus dalam SATU mata pelajaran Bahasa Arab ATAU SATU mata pelajaran Pengajian Islam;
  • ATAU
  • Sijil yang diiktiraf dalam Pengajian Islam atau yang setaraf dengannya.

Pengambilan :

  • April 
  • Julai
  • September

 

Yuran Pengajian & Yuran Pendaftaran :

  • Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM 26 380.00

*tertakluk kepada pindaan semasa

Prospek Kerjaya :

  • Graduan mempunyai peluang yang luas untuk menceburi alam pekerjaan sama ada dalam kerajaan mahupun syarikat swasta di dalam bidang bimbingan dan kaunseling.

Peluang Melanjutkan Pengajian

Sarjana Muda Kaunseling / Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling/ Sarjana Muda Psikologi Kaunseling di Universiti Awam dan Universiti Swasta

Last updated: August 5, 2022 at 16:13 pm