Jumlah populasi umat Islam yang semakin meningkat saban tahun telah menjadi salah satu faktor kepesatan perkembangan industri halal samada di peringkat domestik mahupun global. Populasi masyarakat Islam global dijangka semakin meningkat daripada 1.7 bilion pada tahun 2014 kepada 2.2 bilion pada tahun 2030 (State of the Global Islamic Economy Report 2019/20).

Perkembangan ini memangkin peningkatan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal seterusnya memacu peningkatan pasaran halal. Menjelang 2025, nilai pasaran halal Malaysia dijangka mencecah RM614.36 bilion (Bernama, 2019). Bagi menyokong pertumbuhan ini, lebih ramai modal insan yang komprehensif dan tenaga kerja yang kompeten diperlukan bagi memastikan rantaian bekalan halal dan integriti produk halal sentiasa terjamin.

Seiring dengan perkembangan ini, KPBKL Training & Consultancy telah diiktiraf sebagai salah sebuah Penyedia Latihan Halal (PLH) yang berdaftar di bawah Halal Professional Board (HPB), JAKIM. Halal Professional Board (HPB) JAKIM merupakan salah satu inisiatif di bawah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM yang berperanan dalam pembangunan dan pelaksanaan program pembangunan profesionalisma serta tenaga mahir halal.

KPBKL Training & Consultancy menawarkan dua kursus profesional dengan menggunakan dua modul yang diiktiraf HPB iaitu modul latihan Eksekutif Halal dan modul latihan Auditor Halal Dalaman. Selain itu, Akademi Halal KPBKL juga menawarkan beberapa siri kursus jangka pendek yang lain untuk menyokong usaha ke arah menghasilkan pengamal industri halal yang kompeten.

 

Modul di dalam Professional Halal Executive Training Program (PHETP)

CO1 : Halal Manual Records and Administration

CO2 : Internal Halal Committee

CO3 : Halal Quality Assurance

CO4 : Halal Certification Process Administration

CO5 : Halal Internal Audit Facilitation

KPBKL Training & Consultancy akan menawarkan program Professional Halal Executive secara atas talian. Pendaftaran PHETP sesi Oktober kini telah dibuka. Program ini akan dijalankan pada 6 – 17 Mac 2023

Daftar segera kerana tempat adalah terhad!

Sebarang persoalan, sila hubungi:

Yuran Peserta : RM 2,900.00

Yuran Alumni : RM 1,900.00