Permohonan Online Status Permohonan Tender & Pembekalan Kerjaya Sewaan Fasiliti Hubungi Kami Aduan & Temujanji
facebook
email
  • Laman Utama
  • Program ditawarkan
    • Program Homegrown KPBKL
      • Diploma Pengajian Muamalat
      • Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
      • Diploma Pengurusan Industri Halal
      • Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf
      • Diploma Syariah Islamiyah
      • Diploma Matematik Kewangan
      • Diploma Teknologi Maklumat (Keusahawanan)
      • Diploma in Business Administration
    • Program UITM
    • Program Profesional LCCI-DIA
    • Program Mod Bekerja
      • Program Homegrown (DPHU, DPZW, DPM dan DPIH)
      • Group Diploma Level 3: LCCIIQ UK – Accounting Group Awards
    • Kursus Jangka Pendek
      • Foundations in Accountancy (FIA)
      • PEARSON LCCI (Single certification)
      • Computerised Book Keeping (CBK) With Autocount
      • AutoCount Accounting
      • Umrah Specialized Enhancement Course (USEC)
      • Akademi Halal KPBKL
  • Info Korporat
    • Latar Belakang Falsafah & Misi
    • Kata Aluan Rektor
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Ahli Lembaga Pengelola
    • Struktur Korporat
    • Felo Akademik Kanan
    • Barisan Pengurusan
    • Direktori Staff
    • Pengiktirafan
  • Pusat Wakaf Intelek
  • Akademik
    • Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
    • Fakulti Pengajian Teknokorporat
    • Kalendar Akademik
    • Artikel Ilmiah
  • Prasarana
  • Berita Semasa

Artikel

0 Comment

UMRAH SPECIALIZED ENHANCEMENT COURSE (USEC)

23 Dec 2016
admin

USEC merupakan antara inisiatif kerajaan di bawah Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), bagi memantapkan urus tadbir dan tatakelola pengurusan umrah. MKSU yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pelancongan, di bawah kuasa Akta Industri Pelancongan 1992, memandang serius kes-kes penipuan yang dilaporkan di media masa. Statistik yang dikumpulkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dari tahun 2012 sehingga 2015 mencatatkan seramai 2761 orang mangsa telah ditipu dengan kerugian terkumpul melebihi RM19 juta.

MKSU yang telah ditubuhkan pada tahun 2014  merupakan badan tertinggi bagi menangani kes penipuan dan pengendalian pakej umrah telah mendapati bahawa selain dari penipuan pakej umrah,  isu-isu berikut juga sering dibangkitkan:
Penundaan tarikh penerbangan jemaah umrah;

    • Penundaan tarikh penerbangan jemaah umrah;
    • Jemaah umrah terkandas;
    • Gagal mendapat kelulusan visa umrah;
    • Pelantikan ejen/wakil umrah tanpa lesen;
    • Pengendalian dan pengurusan pakej umrah tidak mengikut terma dan syarat; dan;

Antara langkah awal yang telah diumumkan oleh YB Menteri Pelancongan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menetapkan harga indikator pakej umrah telah pada kadar RM4900 (bagi pakej ekonomi 12 hari 10 malam). Selain daripada meningkatkan penguatkuasaan dan mengetatkan urusan pelesenan outbound, MKSU turut memperkenalkan lesen khas umrah dan syarat yang lebih khusus dan berasingan bagi Pakej Umrah.  Langkah ini bertujuan untuk menyaring syarikat-syarikat outbound yang benar-benar serius, jujur dan ikhlas terhadap industri umrah. Berkuatkuasa Oktober 2016, syarikat yang tiada lesen khas umrah tidak akan dibenarkan lagi menjual pakej umrah. Untuk itu USEC merupakan antara pra-syarat sebelum syarikat dapat diberikan lesen khas umrah.

MKSU yang dianggotai oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Lembaga Tabung Haji, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera (BUMITRA) telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan bengkel bagi membangunkan silibus USEC. Pembangunan silibus ini adalah melalui input industri serta rujukan terhadap AIP1992, syarat-syarat di bawah MKSU, Manual Pengurusan Perkhidmatan Umrah (terbitan JAWHAR) serta Manual Pengurusan Kesempurnaan Manasik  (terbitan JAWHAR). Daripada input dan silibus inilah modul-modul USEC dibangunkan yang berorientasikan perkongsian dari industri untuk industri dengan matlamat utama membanteras penipuan pakej umrah, menjelaskan perundangan dan peraturan-peraturan berkaitan AIP1992 dan syarat-syarat MKSU serta memantapkan lagi ibadat dan muammalat pakej umrah.

Siri 1/2016 USEC disasarkan kepada semua syarikat outbound yang telah mempunyai perjanjian Muasasah. Peserta USEC adalah terdiri daripada wakil syarikat Muslim warganegara Malaysia, dari peringkat pengurusan tertinggi iaitu CEO/COO/GM/setaraf bagi memastikan kepimpinan syarikat sedar dan bertanggungjawab terhadap sebarang perundangan dan peraturan yang berkaitan ke arah mewujudkan industri umrah yang lebih dinamik dan bebas penipuan. Objektif USEC antara lain adalah:

    • Sebagai pra syarat untuk keperluan pelesenanan khas umrah
    • Menyeragamkan pengendalian dan pengelolaan umrah yang menyeluruh
    • Meningkatkan profesionalisma agensi pengelola umrah
    • Melahirkan pengurus dan pembimbing umrah yang mahir lagi berintegriti

Institut Profesional BaitulMal (IPB) telah dilantik secara rasmi oleh MKSU bagi mengendalikan USEC. Semoga USEC dapat mencapai matlamatnya dalam memastikan industri umrah dimartabatkan bagi maslahah umat Islam dalam mencari keredhaan Allah melalui ibadat umrah.

Jadual Tarikh Perlaksaan Kursus

SIRI

BULAN

TARIKH

LOKASI

1

September

26 & 27 September 2020

KPBKL

2

Oktober

24 & 25 Oktober 2020

KPBKL

3

November

21 & 22 November 2020

KPBKL

4

Disember

5 & 6 Disember 2020

KPBKL

Berikut adalah senarai modul di dalam KPPU

MODUL 1 Perundangan dan Penguatkuasaan dalam Pengendalian Umrah
MODUL 2 Tanggungjawab Kesempurnaan Ibadah Umrah Jemaah
MODUL 3 Perlindungan Pengguna
MODUL 4 Perjanjian Muasasah
MODUL 5 Perkongsian Amalan Terbaik oleh Pihak Industri

Yuran kursus adalah sebanyak RM 800 seorang

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung kursus ini boleh hubungi Pn. Rokiah Binti Yunus di talian 03-92814054 atau melalui e-mel rokiah@kpbkl.edu.my

Maklumat Tambahan dan Borang Pendaftaran Kursus

    • Borang Permohonan Kursus
    • Surat Kelulusan Kursus dari JPT
Keratan Akhbar
Berita Harian 16 Disember 2016 : Wajib ada Lesen Khas Umrah mulai Oktober 2017

Selanjutnya di : //www.bharian.com.my/node/224290

Last updated: August 27, 2020 at 10:19 am

Social Share

  • google-share

Hubungi

KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR
Lot 1363 Jalan Perkasa
Maluri
55100 Kuala Lumpur

03-92814054
03-92814052

Waktu operasi
Isnin hingga Jumaat - 8.30 pagi hingga 5.30 petang
*Sabtu,Ahad dan hari cuti umum KPBKL tidak beroperasi.