Diploma in Business Administration
No. Rujukan MQA | MQA.600 – 2/1/6 Jld 128 (40) bertarikh 11 Mac 2020 |
Tahap Kursus | Diploma /Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) |
Bidang Program | 340 – Business and Administration |
Bahasa Pengantar | Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris |
Kaedah Pengajaran | Konvensional |
Mod Program | Sepenuh masa |
Kaedah Pengajaran | Kuliah, tutorial, latihan ilmiah dan latihan industri |
Kredit Bergraduat | 91 kredit |
Tempoh Pengajian | 2 tahun ½ bulan (5 Semester Panjang 2 Semester Pendek) |
Ketua Program DIBA
Norazwanni binti Misrun
: norazwanni@kpbkl.edu.my
Deskripsi Program DIBA
Pertumbuhan pesat Industri di Malaysia telah menjadikan keperluan kepada bidang perniagaan meningkat. Oleh yang demikian, Fakulti Pengajian Teknokorporat menawarkan program Diploma in Business Administration (DIBA).Di sepanjang pengajian (7 semester), para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kod subjek yang relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan
Objektif Pembelajaran Program
Program ini bertujuan melahirkan graduan yang:
- Memiliki pengetahuan yang kompeten dalam bidang pengurusan perniagaan.
- Memahami dan menuasai ilmu pengurusan perniagaan.
- Berupaya mengaplikasi ilmu pengurusan perniagaan
- Berupaya mengenal pasti isu-isu pengurusan perniagaan secara kritis serta mencadangkan penyelesaian secara kreatif
- Menguasai kemahiran komunikasi untuk menjelas dan pemgupas isu-isu-isu pengurusan perniagaan.
- Berupaya bekerja secara berpasukan dalam kepebagaian latar belakang kepercayaan, agama dan budaya.
- Mengamalkan nilai, norma, etika, adab dan profesionalisme dalam pengurusan perniagaan.
- Menghayati keperluan belajar sepanjang hayat dan pengurusan maklumat untuk tampil sebagai pembantu pengurus perniagaan dan pemimpin yang berwibawa.
- Berupaya mengaplikasi kemahiran keusahawan sebagai nilai tambah untuk mengurus perniagaan.
Syarat Kelayakan
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya, dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran;
- ATAULulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekurang-kurangnya GRED C (NGMP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya;
- ATAU Lulus Sijil (Tahap 3, SKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan memiliki SPM dengan minimum satu (1) kredit atau kelayakan yang setara;
- ATAU Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya gred Maqbul atau yang setaraf dengannya;
- ATAU Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM);
- ATAU Sijil atau setaraf dengannya;
Yuran Pengajian & Yuran Pendaftaran :
- Yuran keseluruhan sepanjang tempoh kursus : RM22,750
Pengambilan
- April
- Julai
- September
Prospek Kerjaya
- Graduan mempunyai peluang yang luas untuk menceburi alam pekerjaan di dalam syarikat swasta mahupun kerajaan dibahagian pentadbiran dan pengurusan
Peluang Melanjutkan Pengajian
- Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Awam dan Universiti Swasta