Klik pada capaian dan isikan nombor Mykad anda sebagai kata carian : https://online.kpbkl.edu.my/periksa_status.php

Permohonan untuk program-program yang ditawarkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Kepada pemohon sila baca syarat-syarat di bawah sebelum mengisi maklumat permohonan.

  • Permohonan secara talian/online akan menggunakan nombor kad pengenalan anda sebagai rujukan.
  • Sebelum memilih program yang ingin di pohon sila pastikan anda menepati Syarat Kelayakan Akademik dan Status Bumiputra bagi permohonan program UiTM.
  • Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja. Walau bagaimanapun, pemohon yang ingin menukarkan program hendaklah melalui menu Status Permohonan  (sila pilih program yang disediakan untuk pertukaran ke program baru).
  • Sila pilih program yang bersesuaian dengan keputusan SPM anda.
  • Sebarang perubahan selepas permohonan dihantar hendaklah menghubungi UNIT KEMASUKAN DAN REKOD di talian 03-92814054.
  • Sekiranya permohonan anda layak, surat tawaran akan dikeluarkan secara online dalam tempoh 3 hari bekerja. Sila SEMAK status permohonan anda di online.kpbkl.edu.my/periksa_status.php.
  • Permohonan anda secara automatik akan terbatal sekiranya terdapat percanggahan atau maklumat yang diisi diragui kesahihannya.

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN ONLINE DAN PENDAFTARAN ONLINE PELAJAR BARU AMBILAN APRIL, JUN, SEPTEMBER 2024

1.Membuat permohonan online https://www.kpbkl.edu.my/permohonan-secara-online/

2.Surat Tawaran
✅Membuat semakan status permohonan berjaya atau tidak.
✅Dapatkan surat tawaran secara online.
✅Membuat pengesahan kehadiran & memuat turun lampiran pendaftaran.

3. Membuat Pembayaran Caj Perkhidmatan Proses Pendaftaran melalui JomPay
JomPay – Biller Code 91561
Ref 1: Nama Pelajar
Ref 2: No Telefon Bimbit pelajar

✅Contoh cara pembayaran JomPay secara online: https://www.youtube.com/shorts/Tj7HrYl4lXY

✅Contoh cara pembayaran JomPay menggunakan ATM: https://www.youtube.com/watch?v=WByU0-CG6as&t=2s

4.Mengisi “Google Form” untuk Pembayaran Caj Perkhidmatan Proses Pendaftaran (RM10).

LINK UNTUK JOMPAY UiTM, HOMEGROWN & PROFESIONAL  : https://forms.gle/mJekzFT1txX16Ax69 

5.Pelajar akan dimasukkan ke group WhatsApp bersama Ketua Program

6.TAMAT