KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL)

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang menawarkan peluang pembelajaran di peringkat sijil, sijil profesional dan Diploma. KPBKL telah ditubuhkan pada tahun 1992 dengan hasrat untuk membantu anak-anak asnaf fakir, miskin dan fisabilillah dalam pendidikan di peringkat pengajian tinggi. Kini setelah 32 tahun beroperasi, maka sewajarnya kemudahan serta prasarana di KPBKL diperbaharui dan dinaik taraf demi menyediakan keperluan dan keselesaan kepada pelajar.

Pusat Wakaf Intelek KPBKL

KPBKL telah mendapat pengiktirafan daripada pihak MAIWP sebagai MUTAWALLI DANA WAKAF melalui surat kelulusan yang bertarikh 8 NOVEMBER 2018 – Ruj. MAIWP.(S)100-6/3/16(27). Pelaksanaan Wakaf Pendidikan di KPBKL dikhususkan untuk tujuan pendidikan dan kebajikan pelajar-pelajar dan warga kerja KPBKL.

Pusat Wakaf Intelek (PWI) KPBKL diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada Syarikat korporat dan Masyarakat awam untuk berbakti menerusi amalan berwakaf.

PWI juga menerima sumbangan dana dalam bentuk wakalah zakat, infaq dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta boleh bekerjasama dengan pihak penyumbang dalam penganjuran program bersama penerima manfaat.

PWI akan memastikan semua dana yang diwakafkan dan disumbangkan akan diuruskan mengikut hukum syarak dan undang-undang berkaitan.

Skim Wakaf & MyInfaq

Hubungi Kami

  • PUAN KASNIAH NENI (PENGARAH) – 019-2606778
  • PUAN ZAITON OTHMAN (EKSEKUTIF) – 017-6690765
No. Tel. Pejabat :03-9281 4054
Ext : 2419/2407
Email :wakaf@kpbkl.edu.my
Laman Web : wakaf.kpbkl.edu.my
Last updated: August 30, 2024 at 10:27 am