Diploma Pengajian Muamalat
Diploma Pengajian Muamalat merupakan salah satu program pengajian yang ditawarkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara pengurusan dan pengendalian muamalat yang terkini dan menyakinkan. Program ini dikendalikan oleh pensyarah yang berpengalaman luas dala urusan Muamalat. Kaedah pembelajaran pelajar adalah melalui kuliah, tutorial, latihan ilmiah dan latihan industri.
No. Rujukan MQA | MQA.600-4/1/1 Jld 188 (54) bertarikh 14 November 2018 |
Tahap Kursus | Diploma /Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) |
Bidang Program | 343 – Finance, Banking, Insurance |
Bahasa Pengantar | Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris |
Kaedah Pengajaran | Konvensional |
Mod Program | Sepenuh masa |
Kaedah Pengajaran | Kuliah, tutorial, latihan ilmiah dan latihan industri |
Kredit Bergraduat | 91 kredit |
Tempoh Pengajian | 2 tahun ½ bulan (5 Semester Panjang 2 Semester Pendek) |
Ketua Program DPM
Amira Hakimah Halimi
: amirahakimah@kpbkl.edu.my
Syarat kelayakan :
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran dan LULUS Matematik atau yang setara;
- ATAU Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau yang setara;
- ATAU Lulus Sijil (Tahap 3, SKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan memiliki SPM dengan minimum satu (1) kredit atau kelayakan yang setara;
- ATAU Lulus Sijil (Tahap 3, KKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau kelayakan yang setara;
- ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
- ATAU Lulus Sijil (Tahap 3, SKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan memiliki SPM dengan minimum satu (1) kredit atau kelayakan yang setara;
- DAN Lulus Bahasa Arab pada peringkat SPM atau setara *Bagi calon yang tidak mempunyai kelulusan Bahasa Arab di peringkat SPM atau setara akan mengikuti mata pelajaran pengukuhan Bahasa Arab di awal pengajian.
Yuran Pengajian & Yuran Pendaftaran :
- RM 20,798.00* sepanjang tempoh pengajian.
Asrama :
- RM 3,720.00* sepanjang tempoh pengajian.
*tertakluk kepada pindaan semasa
Prospek Kerjaya
- Ahli Perniagaan dan Usahawan
- Penolong Eksekutif Syarikat Korporat/Bank/Takaful
- Penolong Pegawai Tadbir di Sektor Awam