Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf
No. Rujukan MQA | MQA.600-4/1/1 Jld 191 (16) bertarikh 14 Disember 2018 |
Tahap Kursus | Diploma /Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) |
Bidang Program | 345 Pentadbiran dan Pengurusan (Management and administration) |
Bahasa Pengantar | Bahasa Melayu |
Kaedah Pengajaran | Konvensional |
Mod Program | Sepenuh masa |
Kaedah Pengajaran | Kuliah, tutorial, latihan ilmiah dan latihan industri |
Kredit Bergraduat | 91 kredit |
Tempoh Pengajian | 2 tahun ½ bulan (5 Semester Panjang 2 Semester Pendek) |
Ketua Program DPZW
Siti Nur Azzyati Saharuddin
: azzyati@kpbkl.edu.my
Deskripsi Program DPZW
Program Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf diperkenalkan bagi melahirkan tenaga profesional muslim yang mahir dalam menguruskan dana ekonomi Islam yang terbesar iaitu zakat dan wakaf. Kedua-dua dana ummah ini perlu diuruskan dengan sistematik agar ia mampu menjadi sumber kekuatan ekonomi umat Islam. Pengajian program DPZW adalah berkonsepkan Pengajian Islam Gunaan di mana pelajar-pelajar didedahkan kepada ilmu asas pengajian Islam meliputi akidah, ibadah, akhlak, fiqh dan usul figh serta kemahiran pengurusan kontemporari meliputi kemahiran komunikasi dalam tiga Bahasa (Melayu,Inggeris dan Arab), pengurusan operasi, pengurusan organisasi khususnya institusi zakat dan wakaf, Undang-undang, dan asas keusahawanan. Pelajar juga akan didedahkan dengan pendekatan pembelajaran melalui kajian kes selain berpeluang mengikuti latihan industri di agensi terpilih
berdasarkan bidang pengajian masing-masing.
Syarat Kelayakan :
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran dan LULUS Matematik atau yang setara;
- ATAU Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau yang setara;
- ATAU Lulus Sijil (Tahap 3, SKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan memiliki SPM dengan minimum satu (1) kredit atau kelayakan yang setara;
- ATAU Lulus Sijil (Tahap 3, KKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau kelayakan yang setara;
- ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
- ATAU Lulus Sijil (Tahap 3, SKM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan memiliki SPM dengan minimum satu (1) kredit atau kelayakan yang setara;
- DAN Lulus Bahasa Arab pada peringkat SPM atau setara *Bagi calon yang tidak mempunyai kelulusan Bahasa Arab di peringkat SPM atau setara akan mengikuti mata pelajaran pengukuhan Bahasa Arab di awal pengajian.
Yuran Pengajian & Yuran Pendaftaran :
- RM 20,798.00* sepanjang tempoh pengajian.
Asrama :
- RM 3,720.00* sepanjang tempoh pengajian.
*tertakluk kepada pindaan semasa
Prospek Kerjaya :
- Penolong Pegawai Tadbir Agama di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri
- Penolong Eksekutif di mana-mana syarikat/firma/organisasi.