Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)
No. Rujukan Program | MQA.600-2/1/6 Jld 137 (34) bertarikh 07 Disember 2020 |
Tahap Program | Sarjana Muda / Tahap 6 Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) |
Bidang Program | 344 – Accounting and Taxation |
Bahasa Pengantar | Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris |
Kaedah Pengajaran | Konvensional |
Kaedah Pengajaran | Kuliah dan Tutorial |
Kredit Bergraduat | 129 jam kredit |
Skim Pengajian | Sepenuh Masa |
Mod Pengajian
Mod Pengajian | Ambilan | Tempoh Pengajian |
Sepenuh Masa | Jan, April, Jun & September | 3 tahun |
Koordinator Program
Pn. Norlela Binti Ismail
: norlela@kpbkl.edu.my
Deskripsi Program
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur menawarkan program bertaraf antarabangsa iaitu Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) sebagai salah satu program dibawah seliaan Fakulti Pengajian Teknokorporat.
Program ini merupakan kelayakan Sarjana Muda yang dikeluarkan oleh pihak ACCA. Tujuan program ini diperkenalkan adalah bagi melahirkan ilmuan profesional Muslim yang berdaya saing dan kompeten dalam bidang perakaunan selain memenuhi keperluan majikan dan industri di Malaysia mahupun antarabangsa.
Program ini turut mengetengahkan pelbagai bidang pelajaran merangkumi aspek Kewangan, Percukaian, Audit, Pengekosan dan juga Pengurusan. Pelajar turut didedahkan dengan pemahaman dan keupayaan dalam menyediakan penyata perakaunan berdasarkan amalan standard antarabangsa.
ACCA mempunyai reputasi kecemerlangan dan kelayakan yang diiktiraf di seluruh dunia. Sehingga kini, terdapat 219,000 ahli ACCA dan 527,000 pelajar ACCA di 179 buah negara. (Sumber: https://www.accaglobal.com/gb/en/qualifications/why-acca.html).Graduan ACCA boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau memasuki badan profesional yang lain seperti CIMA, ICSA dan CTIM.
Yuran Pengajian & Yuran Pendaftaran :
- RM 58,886* sepanjang tempoh pengajian.
Yuran Penginapan :
- RM 5,780.
Syarat kelayakkan :
Malaysian University English Test (MUET) Band 2 atau yang setara dengannya,
- DAN Lulus ACCA Foundation in Accountancy – (ACCA-FIA)
- ATAU Lulus Certified Accounting Technician (CAT)
- ATAU Lulus STPM atau setara dengannya, dengan sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) dalam mana-mana dua mata pelajaran dan kepujian dalam Matematik di peringkat SPM atau yang setara dengannya
- ATAU Lulus Matrikulasi atau Asasi atau setara dengan minimum NGMP 2.50 keatas dan kepujian dalam Matematik di peringkat SPM atau yang setara dengannya
- ATAU Lulus Diploma dalam Perakaunan atau bidang berkaitan (Tahap 4 MQF) dengan NGMP 2.50 keatas
- ATAU Lulus Diploma London Chamber of Commerce & Industry International Qualifications (LCCIIQ) atau setara dan mendapat kepujian dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau Lulus English for Business Level 2 LCCIIQ (jika tidak mendapat kepujian Bahasa Inggeris di peringkat SPM)
- ATAU Lulus Sarjana Muda Perakaunan (Tahap 6 MQF) dengan NGMP 2.50 ke atas
- ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
*Nota: Syarat kepujian Matematik pada peringkat SPM bagi calon (3), dan (4) boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan kepujian mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.
Prospek Kerjaya
- Pegawai Khidmat Pelanggan di institusi kewangan.
- Pembantu Kewangan.
- Pembantu Juruaudit
- Pembantu Akauntan
- Akauntan
- Juruaudit
- Ketua Pegawai Kewangan
- Pengarah kewangan
- Pengurus kewangan
- Juruaudit dalaman
- Penganalisis kewangan