Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya diberikan ruang untuk memberikan sepatah dua kata di dalam laman web Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) MAIWP ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua pengunjung laman web KPBKL ini. Kunjungan anda ke laman web ini amatlah dialu-alukan dan dihargai.

Perkembangan teknologi maklumat yang pesat telah memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dihujung jari tidak kira di mana jua anda berada. Selaras dengan perkembangan industri 4.0, KPBKL bermatlamat untuk memperkasakan pendidikan digital bagi memenuhi keperluan semasa.

Adalah diharapkan semua pengunjung laman web KPBKL ini dapat menggunakan dan memanfaatkan wadah laman web ini sebagai medium penghubung antara warga KPBKL dengan masyarakat luar untuk mendapatkan informasi yang terkini mengenai KPBKL.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat dan berusaha keras untuk menyiap, menyelenggara dan mengemaskini laman web ini. Semoga dengan usaha-usaha ini dapat membuahkan hasil yang terbaik bagi seluruh warga KPBKL dan masyarakat umum.

Akhir kata saya mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk melayari laman web ini dengan harapan semoga tuan- tuan dan puan-puan mendapat maklumat yang diperlukan serta menjadikan laman web ini sebagai sumber rujukan utama untuk lebih mengetahui mengenai KPBKL. Sebarang pandangan dan cadangan yang bernas amatlah dialu-alukan untuk kebaikan semua.

Terima kasih kerana mengunjungi laman web KPBKL ini.

‘KERANA ILMU ITU UNTUK BERBAKTI’

ENCIK RADZUAN BIN RAZALI
Ketua Pegawai Eksekutif
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Last updated: April 27, 2022 at 11:45 am
Back to top