BENGKEL PENYELIDIKAN 2024 KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL)/RESEARCH WORKSHOP 2024 KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL)

Bahagian Penyelidikan, Pembangunan Kurikulum dan Pengkomersialan (BPPKP) telah menganjurkan Program Bengkel Penyelidikan 2024 untuk mencipta persekitaran pembelajaran di mana ahli akademik dari pelbagai bidang boleh berinteraksi dan belajar antara satu sama lain. Matlamat
bengkel ini juga adalah untuk ahli akademik memperoleh kemahiran dan kecekapan dalam melakukan penyelidikan dan dianggap sebagai salah satu daripada beberapa inisiatif pembangunan kompetensi untuk ahli akademik yang ditawarkan oleh pihak kolej. Antara objektif bengkel adalah berkongsi ilmu dan pengalaman tentang penyelidikan antara penceramah dan akademik,membudayakan aktiviti penyelidikan berkualiti dalam kalangan akademik, mendedahkan serta meningkatkan ilmu pengetahuan ahli akademik dalam bidang penyelidikan, sebagai platform kepada ahli akademik membuat penyelidikan yang merupakan salah satu tugas hakiki mereka dan melahirkan ahli akademik yang berkeyakinan dalam penyelidikan. Bengkel Penyelidikan ini telah diadakan pada 8 Mei 2024 dan 9 Mei 2024, jam 9.00am – 4.00pm secara atas talian dan dihadiri oleh
semua pensyarah Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL).

Penceramah bagi bengkel ini adalah YBhg. Dr.Mohd Faeez Bin Ilias, Pensyarah Kanan/Ketua Unit Pemasaran & Jaringan Industri, Pusat Pengajian Siswazah,Universiti Islam Selangor. Jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian beliau berkongsi pengalaman dan ilmu kepada para pensyarah KPBKL. BPPKP berharap dengan adanya bengkel seperti ini dapat meningkatkan motivasi pensyarah serta ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam kajian akademik mereka.


About the Author