0 Comment
Kunjungan Hormat Pengurusan IPB Ke University Sains Islam Malaysia (USIM)
IPB
Online, 21 Disember 2017 –Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengadakan perkongsian ilmu mengenai pengurusan Hal Ehwal Pelajar USIM supaya IPB sedikit sebanyak dapat menimba pengetahuan yang berkaitan.
Pertemuan ini berakhir kira-kira pada pukul 12:30 tengahari selepas pertukaran cenderamata dari kedua pihak dan sesi bergambar. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan KPE (Akademik & Antarabangsa) Prof. Dr. Ismail Mat, dan barisan pengurusan IPB manakala USIM dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Dato’ Dr. hassan Awang Mat Dahan dan barisan pengurusan HEPA USIM.