Tawaran Menjadi Ejen Promosi IPB

Institut Profesional Baitulmal [IPB] membuka ruang kepada orang awam untuk bersama-sama memperkenalkan IPB kepada orang ramai. IPB merupakan Kolej Bersekutu UiTM dimana kami menawarkan program-program UiTM seperti Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Sains Komputer, Diploma Sistem Maklumat Perakaunan, dan Pra Perdagangan.

Terdapat juga program dalam bidang Profesional iaitu The London Chamber of Commerce & Industry International Qualifications [LCCIIQ] dan Certified Accounting Technician [CAT].

Justeru itu, kami yakin bahawa terdapat ramai pelajar yang layak mengikuti program-program pengajian yang kami tawarkan dan berpotensi untuk cemerlang. Pendedahan dan penyampaian maklumat yang berkesan mengenai Institut Profesional Baitulmal akan begitu membantu menyampaikan informasi kepada orang ramai, bahawa Institusi ini menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif serta mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan.

Pembiayaan pelajaran yang ditawarkan seperti Biasiswa Baitulmal, Pinjaman MARA dan PTPTN disediakan oleh pihak Institut bagi membantu meringankan Kos Pengajian pelajar di Institut.

Maka, sejajar dengan Sesi Kemasukan pelajar baru, pihak IPB membuka ruang kepada orang ramai untuk menjadi Ejen Promosi IPB. Mereka yang berminat boleh mengisi Borang Permohonan Ejen Promosi seperti yang dilampirkan dan menyerahkan borang secara pos atau datang terus ke alamat sepertimana yang dinyatakan berikut:-

UNIT KEMASUKAN DAN REKOD
INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL
LOT1363 JLN PERKASA
OFF JLN KG PANDAN
55100 KUALA LUMPUR
Tel: 03-92814054
Email: kemasukan@ipb.edu.my

About the Author