SESI KEMASUKAN APRIL DIBUKA UNTUK CALON LEPASAN SPM ATAU SETARAF

TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR BARU: 21 APRIL 2014

Institut Profesional Baitulmal (IPB), menawarkan program The London Chamber of Commerce and Industry International Qualifications [LCCIIQ], bagi calon lepasan SPM/setaraf dan berkelayakan.

Program LCCIIQ adalah satu bidang yang menarik untuk diceburi, yang mendedahkan para pelajar berkenaan pembelajaran dalam bidang perakaunan & perniagaan, serta diiktiraf di peringkat antarabangsa. Di samping persekitaran belajar yang kondusif dan tenaga pengajar yang bertauliah, Kami turut menyediakan biasiswa Baitulmal kepada yang *layak (mengikut kiraan had kifayah).

Calon – calon yang berminat adalah dialu-alukan untuk mengisi Borang Permohonan. Borang Permohonan yang lengkap diserahkan ke alamat “Unit Kemasukan dan Rekod, Institut Profesional Baitulmal, Lot 1363 Jalan Perkasa, Off Jalan Kg Pandan, 55100 Kuala Lumpur”

ATAU

Permohonan juga boleh dibuat secara Online di laman web IPB. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pegawai Khidmat Pelanggan kami di Unit Promosi IPB, yang informatif dan sentiasa bersedia membantu anda!

Jangan lepaskan peluang mengikuti bidang pengajian yang kami tawarkan untuk kejayaan masa depan anda!

“MENGGILAP POTENSI MENCAPAI INSPIRASI”

About the Author