Selamat Datang Sakaria Semela KPE IPB

ZAKARIA SAMELA  KPE BARU IPB

Institut Profesional Baitulmal (IPB) menerima Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru. Zakaria Samela, 58 tahun dilantik menggantikan Dr. Syed Omar bin Syed Agil yang tamat tempoh pelantikan pada 31 Ogos 2016. Sakaria merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Akademi Islam Universiti Malaya dan Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).Beliau pernah bertugas sebagai pengajar Fakulti Syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya sebelum memulakan perkhidmatan dalam bidang kehakiman. Sebelum dilantik sebagai KPE IPB, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pendakwa Syar’ie Negeri Sabah.

Pelantikan Sakaria dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang undang-undang dan peraturan serta pengurusan organisasi. Ia juga selari dengan perancangan IPB untuk memperluaskan bidang pengajian baru dan mewujudkan Pusat Kajian berkaitan Tadbir Urus Islam. Dalam bidang pendidikan, beliau pernah dilantik sebagai ahli panel rujukan penubuhan Kolej Islam Sabah dan penasihat kepada Pengurus Besar UMS Link Holding Sdn. Bhd. untuk Pusat Promosi Universiti Malaysia Sabah di Republik Indonesia dan Republik Rakyat China. Beliau juga pernah menjadi penasihat kepada CEO Kolej Ibu kota Kinabalu untuk Program Pengajian Islam dan Ahli Jawatankuasa Penubuhan Kolej Islam, USIA.

About the Author