Pendaftaran Pelajar Lama UiTM ( AC110, AC120, CS110 )

utim

Pendaftaran adalah melibatkan pelajar Semester 2 dan ke atas yang Lulus Peperiksaan bagi meneruskan pengajian ke semester yang berikutnya. Waktu pendaftaran adalah dari pukul 8.30 pagi – 12.30 tengahari.

 

Pelajar dikehendaki memakai pakaian yang formal sewaktu hari pendaftaran pelajar, sepertimana etika berpakaian dan rupadiri yang dinyatakan di Institut serta dalam Buku Peraturan Pelajar. Sila bawa bersama salinan keputusan peperiksaan, kad matrik pelajar, serta yuran pendaftaran berjumlah RM530.00.

Untuk maklumat berkenaan pendaftaran, sila hubungi Unit Kemasukan dan Rekod. Manakala bagi maklumat yuran boleh merujuk kepada Jabatan Kewangan, dan maklumat lanjut berkenaan keputusan peperiksaan sila merujuk kepada Jabatan Akademik.

Harap maklum.