Pendaftaran Pelajar Lama Program UiTM (29 & 30 Ogos 2018)

Tarikh pendaftaran pelajar lama Program UiTM seperti berikut :-

Program UiTM
  • Diploma Pengajian Perniagaan (BA111)
  • Diploma Perakaunan (AC110)
  • Diploma Sains Komputer (CS110)
  • Diploma Sistem Maklumat Perakaunan (AC120)
Tarikh Daftar
  • 29 OGOS 2018 : BA111
  • 30 OGOS 2018 : AC110, CS110, AC120
Masa Pendaftaran 9.00 pagi – 3.00 petang
Tempat Daftar Kaunter Unit-Unit yang Terlibat
Yuran Pendaftaran
  • RM 210 : BA111, AC110
  • RM 250 : CS110, AC120

Kaedah Bayaran Yuran Pendaftaran
Bayaran Yuran Pendaftaran adalah melalui Maybank Berhad atas nama “INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL SDN BHD” (No Akaun : 564098201029)

  • Sila bawa slip bayaran bank yang asal sewaktu mendaftar sebagai bukti bayaran telah dibuat.
  • Sila tulis: Nama, Kod Kursus, No I/C & No Telefon pelajar di belakang slip bank

MAKLUMAT PENDAFTARAN

  1. Pelajar perlu mendapatkan pengesahan pendaftaran di Unit-unit yang dinyatakan di dalam Borang Pendaftaran Pelajar Lama.
  2. Pendaftaran pelajar lama harus bermula dengan semakan tunggakan hutang bagi pelajar yang namanya tersenarai di Papan Notis makluman hutang pelajar (Papan Notis di ruang legar lobi IPB). Bahagian Kewangan akan mengeluarkan slip “RELEASED” bagi melayakkan pelajar meneruskan proses pendaftaran. PENDAFTARAN TANPA MENGIKUT TURUTAN KAUNTER ADALAH TIDAK DIBENARKAN.
  3. Kuliah akan bermula pada 3 SEPTEMBER 2018. Sila kepilkan 1 salinan keputusan peperiksaan terkini bersama Borang Pendaftaran Pelajar Lama yang telah lengkap dan diserahkan ke Unit
    Kemasukan & Rekod (Pelajar perlu mendapatkan pengesahan pendaftaran semua Unit-unit terlibat sebelum menyerahkan Borang Pendaftaran ke Unit Kemasukan & Rekod). KEGAGALAN MENYEMPURNAKAN PROSES PENDAFTARAN BOLEH MENYEBABKAN PELAJAR DIBERI STATUS ‘GUGUR TARAF’.
  4. Pendaftaran lewat daripada tarikh yang dinyatakan tidak dibenarkan. Sekiranya pelajar GAGAL mendaftar pada tarikh yang dinyatakan, pelajar PERLU MENDAPATKAN KEBENARAN daripada
    DEKAN/TIMBALAN DEKAN/KETUA SEKOLAH/KETUA PROGRAM dalam tempoh 2 MINGGU daripada tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan. Sekiranya pelajar mempunyai kesulitan berkenaan pendaftaran, sila hubungi Unit Kemasukan dan Rekod di talian 03-92814054.

Lampiran : Borang Pendaftaran