Pendaftaran Pelajar Baru LCCIIQ & CAT
PROGRAM YANG DITAWARKAN
The London Chamber of Commerce & Industry International Qualifications [LCCI-IQ]
- Syarat Kelayakan: Warganegara Malaysia; Lulus SPM dengan minimum 2 kepujian untuk mana-mana subjek; Lulus Bahasa Melayu; Lulus Bahasa Inggeris; DAN Lulus Matematik.
Certified Accounting Technician [CAT]
- Syarat Kelayakan : Warganegara Malaysia; Lulus SPM dengan minimum 5 kepujian untuk mana-mana subjek termasuk Bahasa Inggeris DAN Matematik; SERTA Lulus Bahasa Melayu.
TAWARAN BIASISWA BAITULMAL
Bermatlamatkan untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing serta memenuhi kehendak pasaran, Institut Profesional Baitulmal [IPB] menawarkan Program-program pengajian yang bermutu disamping kualiti akademik yang sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam WP Kuala Lumpur (MAIWP), Institut Profesional Baitulmal menyediakan Biasiswa Baitulmal kepada seluruh pelajar Islam lepasan SPM di seluruh Malaysia, untuk menampung yuran pengajian pelajar serta kos sara diri disepanjang pengajian di IPB (tertakluk kepada kelayakan had kifayah).
Bantuan kewangan ini ditawarkan dengan harapan dapat membantu untuk merealisasikan impian pelajar dalam aspek akademik serta untuk pembangunan sahsiah pelajar, dan Kami yakin, peluang baik yang disediakan ini tidak disia-siakan oleh calon-calon pelajar.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 03-92814054 (Jabatan Pemasaran / Unit Kemasukan & Rekod). Calon-calon pelajar boleh memohon secara dalam talian (online) di Laman Web Institut Profesional Baitulmal, manakala serahan Borang Permohonan yang lengkap adalah ke alamat yang dinyatakan berikut:
UNIT KEMASUKAN DAN REKOD
INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL
LOT1363 JALAN PERKASA
OFF JALAN KG PANDAN
55100 KUALA LUMPUR
Kami mengalu-alukan anda menjadi sebahagian daripada warga IPB