0 Comment
Mohon Sekarang Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
Pengambilan pelajar baru peringkat Ijazah. Sukacita dimaklumkan bahawa, IPB akan mengadakan pengambilan pelajar baru peringkat ijazah. Butiran program pengajian sepertimana dinyatakan berikut:-
KURSUS: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran (BM240)
KOD KURSUS: BM240
KATEGORI: Program Usahasama UiTM
TEMPOH PENGAJIAN: 3 Tahun (6 semester)
SYARAT KEMASUKAN: Rujuk Laman Web
Sehubungan itu, tarikh pendaftaran pelajar baru bagi program yang dinyatakan ditetapkan sepertimana berikut:-
TARIKH DAFTAR: 04 September 2017
SESI KEMASUKAN: September 2017 (09/2017)
Permohonan pelajar untuk program peringkat Ijazah akan dibuka pada 06 Julai 2017 dan pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui Sistem Pengambilan Pelajar (MySPP) yang boleh diakses melalui laman sesawang Institut Profesional Baitulmal (IPB).