Latar Belakang

Jumlah populasi umat Islam yang semakin meningkat saban tahun telah menjadi salah satu faktor kepesatan perkembangan industri halal samada di peringkat domestik mahupun global. Populasi masyarakat Islam global dijangka semakin meningkat daripada 1.7 bilion pada tahun 2014 kepada 2.2 bilion pada tahun 2030 (State of the Global Islamic Economy Report 2019/20).

Perkembangan ini memangkin peningkatan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal seterusnya memacu peningkatan pasaran halal. Menjelang 2025, nilai pasaran halal Malaysia dijangka mencecah RM614.36 bilion (Bernama, 2019). Bagi menyokong pertumbuhan ini, lebih ramai modal insan yang komprehensif dan tenaga kerja yang kompeten diperlukan bagi memastikan rantaian bekalan halal dan integriti produk halal sentiasa terjamin.

Seiring dengan perkembangan ini, Akademi Halal KPBKL telah diiktiraf sebagai salah sebuah Penyedia Latihan Halal (PLH) yang berdaftar di bawah Halal Professional Board (HPB), JAKIM. Halal Professional Board (HPB) JAKIM merupakan salah satu inisiatif di bawah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM yang berperanan dalam pembangunan dan pelaksanaan program pembangunan profesionalisma serta tenaga mahir halal.

Akademi Halal KPBKL menawarkan dua kursus profesional dengan menggunakan dua modul yang diiktiraf HPB iaitu modul latihan Eksekutif Halal dan modul latihan Auditor Halal Dalaman. Selain itu, Akademi Halal KPBKL juga menawarkan beberapa siri kursus jangka pendek yang lain untuk menyokong usaha ke arah menghasilkan pengamal industri halal yang kompeten.

Program Yang Ditawarkan

1. Kursus Professional di bawah HPB :
  • Professional Halal Executive Training Program (PHETP)
ModulYuranTempoh Masa
CO1 : Halal Manual Records and AdministrationRM 1,9509 Hari
CO2 : Internal Halal Committee
CO3 : Halal Quality Assurance
CO4 : Halal Certification Process Administration
CO5 : Halal Internal Audit Facilitation

  • Professional Halal Internal Auditing Program (PHIAP)
  • ''Maklumat Sedang Dikemaskini"
2. Kursus Jangka Pendek :
  • Halal Awareness
  • Halal Certification Procedure
  • Halal Assurance System
  • Halal Internal Auditing
Italian Trulli

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

Surah Al-Maaida (Ayat 88)

Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar Akademi Halal KPBKL merupakan individu yang mempunyai pengalaman luas dan terlibat secara langsung dalam industri halal. Tenaga pengajar kami juga merupakan tenaga pengajar halal (TPH) yang berdaftar dan diiktiraf oleh Halal Professional Board (HPB), JAKIM.

Last updated: December 6, 2023 at 12:13 pm