Diploma Syariah Islamiyah

No. Rujukan Program N/221/4/0238
Tahap Program Diploma /Tahap 4 Kerangka Kelayakan Malaysia
Bidang Program 221 – Religion
Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris
Kaedah Pengajaran Konvensional
Mod Program Sepenuh masa
Kaedah Pengajaran Kuliah, tutorial, latihan ilmiah dan latihan industri
Kredit Bergraduat 97 kredit
Tempoh Pengajian 2 tahun 6 bulan

Ketua Program DSI

Ku Putri Liliana Bt Ku Abd Halim

Deskripsi Program DSI

Penawaran Diploma Syariah Islamiyah (DSI) adalah untuk melahirkan graduan yang kompeten dalam jurusan syariah selain memiliki daya saing untuk memenuhi keperluan majikan dalam pelbagai sektor di Malaysia mahupun luar negara.

Syarat kelayakkan :

  • Lulus SPM dengan kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran dan lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau salah satu mata pelajaran Pengajian Islam; atau
  • Lulus O-Level dengan minimum Gred C dalam 3 mata pelajaran dan lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau salah satu mata pelajaran Pengajian Islam; atau
  • Lulus SKM tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan kepujian Matematik; atau
  • Lulus Sijil dalam Pengajian Islam/bidang berkaitan (Tahap 3, KKM) dengan minimum PNGK 2.00; atau
  • Lulus STPM/setara dengan minimum Gred C (PNGK 2.00) dalam 1 mata pelajaran; dan lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau salah satu mata pelajaran Pengajian Islam di peringkat SPM/ setara atau STPM; atau
  • Lulus STAM dengan pangkat Maqbul; atau
  • Kelayakan – kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

Yuran Pengajian :

  • RM 25,980* sepanjang tempoh pengajian.

*tertakluk kepada pindaan semasa

Prospek Kerjaya

  • Graduan program DSI boleh menceburi kerjaya sebagai Penolong Pegawai Syariah atau Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri.
  • Pendidik (kerajaan dan swasta) dan pendakwah.
  • Layak melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) di Universiti Awam dan Universiti Swasta dalam dan luar negara yang mengiktiraf lulusan KPBKL.
Last updated: February 8, 2019 at 9:54 am