USEC merupakan antara inisiatif kerajaan di bawah Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), bagi memantapkan urus tadbir dan tatakelola pengurusan umrah. MKSU yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pelancongan, di bawah kuasa Akta Industri Pelancongan 1992, memandang serius kes-kes penipuan yang dilaporkan di media masa. Statistik yang dikumpulkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dari tahun 2012 sehingga 2015 mencatatkan seramai 2761 orang mangsa telah ditipu dengan kerugian terkumpul melebihi RM19 juta.
MKSU yang telah ditubuhkan pada tahun 2014 merupakan badan tertinggi bagi menangani kes penipuan dan pengendalian pakej umrah telah mendapati bahawa selain dari penipuan pakej umrah, isu-isu berikut juga sering dibangkitkan:
Penundaan tarikh penerbangan jemaah umrah;
- Penundaan tarikh penerbangan jemaah umrah;
- Jemaah umrah terkandas;
- Gagal mendapat kelulusan visa umrah;
- Pelantikan ejen/wakil umrah tanpa lesen;
- Pengendalian dan pengurusan pakej umrah tidak mengikut terma dan syarat; dan;
Antara langkah awal yang telah diumumkan oleh YB Menteri Pelancongan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menetapkan harga indikator pakej umrah telah pada kadar RM4900 (bagi pakej ekonomi 12 hari 10 malam). Selain daripada meningkatkan penguatkuasaan dan mengetatkan urusan pelesenan outbound, MKSU turut memperkenalkan lesen khas umrah dan syarat yang lebih khusus dan berasingan bagi Pakej Umrah. Langkah ini bertujuan untuk menyaring syarikat-syarikat outbound yang benar-benar serius, jujur dan ikhlas terhadap industri umrah. Berkuatkuasa Oktober 2016, syarikat yang tiada lesen khas umrah tidak akan dibenarkan lagi menjual pakej umrah. Untuk itu USEC merupakan antara pra-syarat sebelum syarikat dapat diberikan lesen khas umrah.
MKSU yang dianggotai oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Lembaga Tabung Haji, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera (BUMITRA) telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan bengkel bagi membangunkan silibus USEC. Pembangunan silibus ini adalah melalui input industri serta rujukan terhadap AIP1992, syarat-syarat di bawah MKSU, Manual Pengurusan Perkhidmatan Umrah (terbitan JAWHAR) serta Manual Pengurusan Kesempurnaan Manasik (terbitan JAWHAR). Daripada input dan silibus inilah modul-modul USEC dibangunkan yang berorientasikan perkongsian dari industri untuk industri dengan matlamat utama membanteras penipuan pakej umrah, menjelaskan perundangan dan peraturan-peraturan berkaitan AIP1992 dan syarat-syarat MKSU serta memantapkan lagi ibadat dan muammalat pakej umrah.
Siri 1/2016 USEC disasarkan kepada semua syarikat outbound yang telah mempunyai perjanjian Muasasah. Peserta USEC adalah terdiri daripada wakil syarikat Muslim warganegara Malaysia, dari peringkat pengurusan tertinggi iaitu CEO/COO/GM/setaraf bagi memastikan kepimpinan syarikat sedar dan bertanggungjawab terhadap sebarang perundangan dan peraturan yang berkaitan ke arah mewujudkan industri umrah yang lebih dinamik dan bebas penipuan. Objektif USEC antara lain adalah:
- Sebagai pra syarat untuk keperluan pelesenanan khas umrah
- Menyeragamkan pengendalian dan pengelolaan umrah yang menyeluruh
- Meningkatkan profesionalisma agensi pengelola umrah
- Melahirkan pengurus dan pembimbing umrah yang mahir lagi berintegriti
Institut Profesional BaitulMal (IPB) telah dilantik secara rasmi oleh MKSU bagi mengendalikan USEC. Semoga USEC dapat mencapai matlamatnya dalam memastikan industri umrah dimartabatkan bagi maslahah umat Islam dalam mencari keredhaan Allah melalui ibadat umrah.
TARIKH PELAKSANAAN KURSUS PEMANTAPAN PENGENDALIAN UMRAH (KPPU) / UMRAH SPECIALIZED ENHANCEMENT COURSE (USEC) TAHUN 2023
NO. | SIRI | TARIKH | LOKASI |
1 | USEC SIRI 1 | 11-12 FEBRUARI 2023 | KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL) |
2 | USEC SIRI 2 | 13 – 14 MEI 2023 | KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL) |
3 | USEC SIRI 3 | 17 – 18 JUN 2023 | KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL) |
4 | USEC SIRI 4 | 22 – 23 JULAI 2023 | KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL) |
5 | USEC SIRI 5 | 26 – 27 OGOS 2023 | KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL) |
6 | USEC SIRI 6 | 30 SEPTEMBER 2023 & 01 OKTOBER 2023 | KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL) |
7 | USEC SIRI 7 | 28 -29 OKTOBER 2023 | KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL) |
8 | USEC SIRI 8 | 18 – 19 NOVEMBER 2023 | KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL) |
Berikut adalah senarai modul di dalam KPPU
MODUL 1 | Perundangan dan Penguatkuasaan dalam Pengendalian Umrah |
MODUL 2 | Tanggungjawab Kesempurnaan Ibadah Umrah Jemaah |
MODUL 3 | Peraturan Kemasukan Ke Arab Saudi |
MODUL 4 | Tips Untuk Mengelakkan Tindakan Perundangan Oleh Jemaah |
MODUL 5 | Perkongsian Amalan Terbaik Oleh Pengusaha Industri Umrah |
Maklumat Tambahan
YURAN : RM800.00