


KPBKL
Online, 14 Mac 2023 – Hari ini KPBKL menerima kunjungan daripada Pelajar Perakaunan SMKA Nurul Ittifaq dari Kuala Besut, Terengganu. Seramai 41 orang pelajar perakaunan dan 2 orang guru pengiring telah terlibat dalam lawatan ini.
Kehadiran mereka disambut baik oleh pihak KPBKL. Slot bermula dengan taklimat daripada Mr. Ivan Tan, Senior Business Relationship Manager ACCA. Mr. Ivan telah memberikan penerangan telah perjalanan untuk menjadi akauntan bertauliah melalui FIA dan ACCA.
Selepas Taklimat ACCA, Taklimat diteruskan dengan taklimat aktiviti dan pembiayaan pelajar yang disampaikan En. Amzari Aziz yang merupakan Ketua Bahagian Perkhidmatan Pelajar KPBKL. Dan slot terakhir adalah daripada Bahagian Pemasaran mengenai cara mendaftar di KPBKL.
Pelajar SMKA Nurul Ittifaq juga berkesempatan untuk melawat ruangan “CHILLEX SPACE” di perpustakaan KPBKL. KPBKL mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak SMKA Nurul Ittifaq berkunjung di KPBKL. Diharapkan akan bertemu lagi dengan pelajar ini dan KPBKL mendoakan semoga Pelajar ini mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM.


18-19022023--PENDAFTARAN PELAJAR LAMA HOMEGROWN
- Membuat Permohonan Online.
- Surat Tawaran
- Membuat Semakan Status Permohonan Berjaya Atau Tidak
- Menyemak Surat Tawaran secara online
- Membuat Pengesahan Kehadiaran & Muat Turun Lampiran Pendaftaran
- Membuat Pembayaran Caj Perkhidmatan Proses Pendaftaran Melalui Jompay (RM10).
- Pelajar Akan Dimasukkan Ke Group Whatsapp Bersama Ketua Program.
- Penyerahan Dokumen Pendaftaran
- TAMAT.
2-FC2023




- Membuat Permohonan Online.
- Surat Tawaran
- Membuat Semakan Status Permohonan Berjaya Atau Tidak
- Dapatkan Surat Tawaran Secara Online.
- Membuat Pengesahan Kehadiaran & Muat Turun Lampiran Pendaftaran
- Membuat Pembayaran Caj Perkhidmatan Proses Pendaftaran Melalui Jompay (RM10).
- Pelajar Akan Dimasukkan Ke Group Whatsapp Bersama Ketua Program.
- Penyerahan Dokumen Pendaftaran
- TAMAT.

KPBKL
Online, 27 May 2022 – Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur (KPBKL) telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Multimedia University (MMU), di MMU Chancellory Building ,MMU. KPBKL diwakili oleh En. Radzuan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL manakala MMU diwakili oleh YBhg. Prof Dato’ Dr. Mazliham, President MMU.
Memorandum Persefahaman (MoU) ini adalah merangkumi peluang graduan KPBKL untuk melanjutkan pengajian di MMU di peringkat Ijazah. penganjuran Bengkel dan Program Latihan Bersama, Projek Penyelidikan dan Pembangunan Bersama, Program Pendidikan Bersama, Pertukaran Kakitangan, Inovasi dan lain-lain bidang kerjasama yang yang dipersetujui secara bersama oleh kedua-dua belah pihak.
Semoga dengan termeterainya Memorandum Persefahaman ini bukan merupakan awalan kepada kerjasama antara dua organisasi KPBKL dan MMU tetapi lebih sebagai penggalak dan pendorong untuk meningkatkan kerjasama di masa akan datang.





