Permohonan Online Status Permohonan Tender & Pembekalan Kerjaya Sewaan Fasiliti Hubungi Kami Aduan & Temujanji
facebook
email
  • Laman Utama
  • Program ditawarkan
    • Program Homegrown KPBKL
      • Diploma Pengajian Muamalat
      • Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
      • Diploma Pengurusan Industri Halal
      • Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf
      • Diploma Syariah Islamiyah
      • Diploma Matematik Kewangan
      • Diploma Teknologi Maklumat (Keusahawanan)
      • Diploma in Business Administration
    • Program UITM
    • Program Profesional LCCI-DIA
    • Program Mod Bekerja
      • Program Homegrown (DPHU, DPZW, DPM dan DPIH)
      • Group Diploma Level 3: LCCIIQ UK – Accounting Group Awards
    • Kursus Jangka Pendek
      • Foundations in Accountancy (FIA)
      • PEARSON LCCI (Single certification)
      • Computerised Book Keeping (CBK) With Autocount
      • AutoCount Accounting
      • Umrah Specialized Enhancement Course (USEC)
      • Akademi Halal KPBKL
  • Info Korporat
    • Latar Belakang Falsafah & Misi
    • Kata Aluan Rektor
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Ahli Lembaga Pengelola
    • Struktur Korporat
    • Felo Akademik Kanan
    • Barisan Pengurusan
    • Direktori Staff
    • Pengiktirafan
  • Pusat Wakaf Intelek
  • Akademik
    • Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
    • Fakulti Pengajian Teknokorporat
    • Kalendar Akademik
    • Artikel Ilmiah
  • Prasarana
  • Berita Semasa

utimKOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (KPBKL) dahulu dikenali sebagai Institut Profesional Baitulmal merupakan sebuah Kolej Bersekutu Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah terpilih dan diberi kepercayaan oleh Universiti tersebut untuk menawarkan program-program peringkat Pra-Diploma dan Diploma di dalam beberapa bidang kemahiran kami seperti di bawah:-

  • [BA003]Pra Perdagangan
  • [AC110]Diploma Perakaunan
  • [BA111]Diploma Pengajian Perniagaan

Sebagai menyahut cabaran UiTM yang sentiasa menitikberatkan kualiti program akademiknya, KPBKL telah berjaya mengekalkan kecemerlangannya sebagai Kolej Bersekutu UiTM yang terbaik hampir setiap tahun dengan memenangi anugerah KOLEJ BERSEKUTU TERBAIK UiTM mulai tahun 2000 hingga 2010 (kecuali 2007 & 2009)

Atas dasar pencapaian akademik yang berterusan dan menepati piawaian UiTM, KPBKL telah mendapat pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM pada Julai 2011.

Konsep Kolej Bersekutu UiTM

Sebagai sebuah kolej Bersekutu UiTM sejak tahun 1997, KPBKL perlu mematuhi 100% sukatan pelajaran daripada UiTM. Berikut adalah beberapa ciri-ciri sebagai Kolej Bersekutu UiTM selaras dengan keperluan Universiti tersebut:-

  • KPBKL sentiasa menepati kualiti akademik melalui pemantauan secara berterusan oleh pihak UiTM
  • Memastikan infrastruktur, kemudahan dan fasiliti yang mencukupi serta memuaskan memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap program akademik yang dijalankan.
  • Memastikan tenaga pengajar yang dilantik terdiri daripada mereka yang berkelayakan dan mendapat latihan pengajaran serta kursus daripada UiTM bagi memastikan kualititi pengajaran yang seragam dan menepati piawaian universiti.
  • Memastikan silibus adalah 100% sama seperti yang dikendalikan di UiTM bagi memastikan lulusan yang dihasilkan mempunyai kualiti yang sama dan setara.

img-uitm-1

Syarat Kemasukan

Semua pemohonan untuk kemasukan ke Program Usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) tertakluk kepada syarat akademik yang telah ditetapkan oleh UiTM dan mestilah memenuhi syarat warganegara bumiputera Malaysia.

Pemohon yang gagal mendapat tawaran ke kampus Induk UiTM atau mana-mana cawangan UiTM melalui permohonan yang dibuat melalui UPU atau UiTM sendiri, boleh terus memohon ke KPBKL. Setelah mendaftar di KPBKL, pelajar akan didaftarkan secara online sebagai pelajar UiTM dan akan memperolehi nombor matrik dan akses ke portal UiTM.

Syarat Bumiputera Warganegara Malaysia

Semua calon pelajar Program Usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) mestilah menepati Syarat Bumiputera Warganegara Malaysia mengikut takrifan UiTM seperti berikut :

  • Calon “Semenanjung Malaysia” Salah seorang ibu atau bapa mestilah Melayu beragama Islam atau Orang Asli / Peribumi Malaysia.
  • Calon “Sabah” Bapa calon mestilah Melayu beragama Islam atau Peribumi Sabah”.
  • Calon “Sarawak” Kedua bapa dan ibu calon mestilah Melayu beragama Islam atau Peribumi Sarawak

Penganugerahan Diploma & Konvokesyen

Pelajar Program Usahasama UiTM di KPBKL yang telah memenuhi keperluan dan syarat universiti akan dianugerahkan Diploma oleh Universiti Teknologi MARA pada hari penganugerahan konvokesyen di Kampus Induk UiTM Malaysia Shah Alam, Selangor.

Graduan Diploma UiTM dari KPBKL boleh meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM tertakluk kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh UiTM.

BA 111

Tempoh 2 ½ tahun = 5 semester
Yuran Pengajian
Diploma Pengajian Perniagaan

Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat 3 Kepujian termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik/Matematik Tambahan. Lulus Sejarah ATAU lulus Lulus Naik Taraf (LNT) Pra Perdagaan (BA003) UiTM

KPT/JPS[R2/340/4/0244]:MQA/A1861(01/22)

AC 110

Tempoh 2 ½ tahun = 5 semester
Yuran Pengajian
Diploma Perakaunan

Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah. serta memenuhi syarat khas program iaitu mendapat Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan minima Gred C+ dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan ATAU Lulus Naik Taraf (LNT) Pra Perdagangan (BA003) UiTM dengan minima HPNG 3.5 DAN Kepujian Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM

KPT(JPS)[R2/344/4/0160]:MQA/A1861(01/22)

BA 003

Tempoh 6 bulan = 1 semester
Yuran Pengajian
Pra Perdagangan

Lulus SPM atau yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat 3 Kepujian termasuk Bahasa Melayu, Lulus Bahasa Inggeris, Matematik/ Matematik Tambahan & Sejarah.

KPT/JPS[R/481/4/0466]:MQAAA10193(05/19)

Nota : Pelajar yang tidak menepati syarat terus ke program Diploma perlu mengikuti kursus PRA PERDAGANGAN terlebih dahulu dan apabila lulus akan terima masuk ke DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN ATAU DIPLOMA PERAKAUNAN mengikut syarat kelulusan yang telah ditetapkan oleh pihak UiTM
Last updated: July 22, 2020 at 15:53 pm

Hubungi

KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR
Lot 1363 Jalan Perkasa
Maluri
55100 Kuala Lumpur

03-92814054
03-92814052

Waktu operasi
Isnin hingga Jumaat - 8.30 pagi hingga 5.30 petang
*Sabtu,Ahad dan hari cuti umum KPBKL tidak beroperasi.