Pendaftaran Kursus CAT kemasukan JUN 2014

 

PROGRAM: CERTIFIED ACCOUNTING TECHNICIAN (CAT)

TARIKH PENDAFTARAN PELAJAR BARU: 23 JUN 2014

 

Pendaftaran pelajar baru bagi Program Certified Accounting Technician (CAT), di Institut Profesional Baitulmal [IPB] kini dibuka!

Calon-calon yang berkelayakan dan berminat untuk mempelajari bidang perakaunan dengan lebih mendalam dialu-alukan untuk memohon.

Kelayakan CAT ini adalah ditawarkan oleh Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA). Kelayakan CAT menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh dalam bidang kewangan dan perakaunan serta diiktiraf di peringkat antarabangsa. Graduan CAT boleh memilih kerjaya dalam sektor perbankan, insurans, kewangan mahupun perniagaan.

Sebagai sebuah Institusi Bumiputera yang telah ditubuhkan semenjak tahun 1992 dan mempunyai pengalaman dalam penawaran program-program Profesional seperti CAT, kami percaya IPB merupakan antara Institusi Pengajian Tinggi yang terbaik untuk calon-calon meneruskan kejayaan dalam bidang akademik dengan mengikuti program CAT dan seterusnya menyambung ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ACCA.

Pembiayaan Biasiswa Baitulmal [MAIWP] disediakan bagi calon-calon yang layak mengikut *had kifayah, sejajar dengan hasrat IPB untuk membantu pelajar beragama Islam meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan.

Borang Permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan secara pos atau datang terus ke alamat yang dinyatakan berikut:-

UNIT KEMASUKAN DAN REKOD
INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL
LOT 1363 JALAN PERKASA OFF JALAN KG PANDAN
55100 KUALA LUMPUR

Calon-calon juga boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) dengan mendaftar permohonan di ruang yang disediakan di dalam Laman Web Institut Profesional Baitulmal. Sebarang pertanyaan yang berkaitan, calon-calon boleh menghubungi Pegawai-pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian 03-92814054. Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk menjadi sebahagian daripada warga Institut Profesional Baitulmal.

 

“Menggilap Potensi, Mencapai Inspirasi”