TAKLIMAT PELUPUSAN REKOD OLEH JABATAN ARKIB NEGARA

TAKLIMAT PELUPUSAN REKOD OLEH JABATAN ARKIB NEGARA

KPBKL melalui Bahagian Governans dan Jaminan Kualiti (BGJK) dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia telah menjalankan sesi taklimat pelupusan rekod pada 25 Jun 2024. Taklimat telah dihadiri oleh 40 orang warga KPBKL yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi, Ketua-ketua Bahagian dan wakil-wakil dari bahagian yang terlibat di dalam proses pelupusan rekod.

Tujuan taklimat ini dijalankan adalah bagi memberikan pededahan dan garis panduan kepada warga KPBKL berkenaan proses pelupusan rekod mengikut peruntukan yang dinyatakan di dalam Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629).

Taklimat telah disampaikan oleh En. Saharudin bin Kasran, Ketua Seksyen Pelupusan Rekod, Arkib Negara Malaysia. Setelah sesi taklimat ini dijalankan diharap KPBKL dapat membangunkan polisi dan prosedur operasi standard (SOP) pelupusan rekod yang sistematik mengikut peruntukan yang digariskan oleh Akta Arkib Negara.

______________________________________________________________________________

BRIEFING ON RECORDS DISPOSAL BY THE NATIONAL ARCHIVES DEPARTMENT

Governance and Quality Assurance Division (BGJK) KPBKL in collaboration with the National Archives of Malaysia has conducted a briefing session on the records disposal on 25 June 2024. The briefing was attended by 40 KPBKL staff consisting of Top Management, Heads of Divisions and representatives from divisions involved in the record disposal process.

The purpose of this briefing is to provide information and guideline to KPBKL staff regarding the process of record disposal accordance to the National Archives Act 2003 (Act 629).

The briefing was delivered by En Saharudin bin Kasran, Head of Records Disposal Section, National Archives of Malaysia. After this session, it is hoped that KPBKL will be able to develop a systematic policy and standard operation procedure (SOP) for records disposal in accordance with the provisions outlined by the National Archives Act.

Lain-Lain Berita