(B.Melayu) Promosi IPB di MalaysiaGazette.com

(B.Melayu) Promosi IPB di MalaysiaGazette.com

MalaysiaGazetInstitut Profesional Baitulmal (IPB) bakal menawarkan empat program pengajian baru iaitu Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma Zakat dan Wakaf, Diploma Pengurusan Produk Halal dan Diploma Muamalat (kewangan Islam) pada bulan Januari tahun depan.

Setakat ini Diploma Pengurusan Haji dan Umrah sudah pun mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) manakala tiga lagi program dalam proses kelulusan agensi tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif IPB, Dr. Syed Omar Syed Agil memberitahu, Diploma Pengurusan Haji dan Umrah serta Diploma Zakat dan Wakaf adalah yang pertama seumpamanya ditawarkan di Malaysia dan di dunia.

“IPB menawarkan kursus-kursus ini untuk memastikan kami bersedia untuk menyediakan pasaran kerja dalam pasaran khusus (niche market).

“Kami tidak mahu bersaing tanpa sebab, sebaliknya menawarkan bidang-bidang yang menjadi keperluan kepada industri pekerjaan,” katanya dalam satu pertemuan dengan MalaysiaGazette di pejabatnya di sini.

Modul-modul pengajian baru itu dirangka oleh IPB berdasarkan pengalaman akademi dan industri. Dr. Syed Omar berkata, untuk pengambilan pertama, IPB merancang kemasukan 30 penuntut bagi setiap kursus pengajian yang dijangka mengambil masa dua tahun.

IPB yang sudah beroperasi selama 21 tahun lalu setakat ini menawarkan program usahasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Sistem Maklumat Perakaunan, Diploma Sains Komputer dan pra perdagangan.

Selain itu, pusat pengajian swasta yang dimiliki oleh Majlis Islam Wilayah Persekutuan itu turut menawarkan Sijil Perakaunan Teknikal (CAT) dan Sijil Kelayakan Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa London (LCCIIQ). – MalaysiaGazette

Sumber : MalaysiaGazette.com

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.