Professional Halal Executive Training Program

Professional Halal Executive Training Program

Malaysia adalah negara yang terkemuka dalam industri halal selama sembilan tahun berturut-turut dan mendapat tempat pertama dalam Indeks Ekonomi Islam Global. Nilai keseluruhan eksport halal pada 2022 ialah RM 59.46 bilion, mewakili 7.4% daripada KDNK negara. Diunjurkan bahawa Industri Makanan Halal Malaysia akan berkembang kepada AS$ 113.2 bilion (RM500.17 bilion). Ini akan dijangka akan menambah pertumbuhan sebanyak 8.1% kepada KDNK negara.

Kerajaan menjangkakan eksport industri halal global negara melepasi sasaran RM63.1 bilion menjelang 2025. Dengan pertumbuhan ini, ia dijangka mewujudkan 700,000 peluang pekerjaan dalam Industri Halal.

Bagi menyokong pertumbuhan ini, kita memerlukan modal insan yang lebih komprehensif dan tenaga kerja yang cekap diperlukan bagi memastikan rantaian bekalan halal dan integriti produk halal sentiasa terjamin.

 

Seiring dengan perkembangan ini, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah mengambil langkah untuk menjadi salah sebuah Penyedia Latihan Halal (PLH) yang berdaftar di bawah Lembaga Profesional Halal (HPB), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak 2018. Melalui pengiktirafan ini, KPBKL menawarkan dua kursus yang menggunakan modul JAKIM:

  1. Eksekutif Halal;
  2. Juruaudit Dalaman Halal

Selain dua kursus ini, kami juga menawarkan kursus pendek lain dalam pengurusan industri Halal seperti Kecekapan Halal (Halal Competency), Kesedaran Halal (Halal Awareness), Prosedur Pensijilan Halal, dan Sistem Jaminan Halal (Halal Assurance System).

 

Modul dalam Program Latihan Eksekutif Halal Profesional (PHETP)

  • CO1: Rekod dan Pentadbiran Manual Halal
  • CO2: Jawatankuasa Halal Dalaman
  • CO3: Jaminan Kualiti Halal
  • CO4: Pentadbiran Proses Pensijilan Halal
  • CO5: Kemudahan Audit Dalaman Halal

 

Siapa yang patut menyertai kursus ini?

Jika anda ingin mendapatkan pensijilan Halal oleh JAKIM, anda harus bermula dengan pelantikan Eksekutif Halal untuk menjadi orang yang bertanggungjawab dalam memastikan perniagaan mematuhi prosedur dan proses halal. Kriteria Eksekutif Halal adalah seperti berikut:

  1. Muslim;
  2. Warganegara Malaysia;
  3. Pekerja tetap dalam syarikat;
  4. Kelayakan akademik minimum Diploma Pengurusan Halal atau mana-mana kelayakan atau pengalaman yang setaraf dengannya dalam pengurusan halal sekurang-kurangnya lima (5) tahun; dan
  5. Memiliki Sijil Eksekutif Halal daripada Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah Lembaga Profesional Halal JAKIM


Sekiranya pekerja yang dilantik tidak mempunyai Sijil Eksekutif Halal, pihak syarikat boleh menghantar pekerja tersebut untuk menyertai Program Latihan Eksekutif Halal Profesional dengan kami.

Pensijilan halal tidak terhad kepada industri berkaitan makanan dan minuman, ia juga terpakai kepada farmaseutikal, produk barangan pengguna, kosmetik & penjagaan diri, rumah penyembelihan, logistik, peranti perubatan dan sebarang perniagaan yang berkaitan dengan pemprosesan dan perkhidmatan yang menyasarkan umat Islam sebagai pengguna dan pelanggan.

PHETP ialah program 9 ½ hari yang akan melatih para peserta untuk menjadi Eksekutif Halal yang berwibawa. Kursus ini juga merupakan HRDC Claimable Course. Sila rujuk https://hrdcorp.gov.my/hrdcorp-claimable-courses untuk maklumat lanjut tentang matriks kos yang dibenarkan untuk perbelanjaan lain.

Hubungi

Waktu Operasi

  • Isnin – Jumaat : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Waktu Rehat

  • Isnin – Khamis : 12.30 t/hari hingga 2.00 petang
  • Jumaat: 12.45 t/hari hingga 2.45 petang

Operasi KPBKL ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad), serta pada hari cuti umum Malaysia.

Untuk maklumat yuran pengajian hubungi :
Untuk maklumat pembiayaan hubungi :
Untuk maklumat penempatan asrama :

Program Homegrown KPBKL

Program utama yang ditawarkan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Program Usahasama UiTM

Program dengan usahasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dan UiTM

Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Program bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Sekolah Perakaunan, Pengurusan & Teknologi.

ACCA-FIA (ACCA Foundation In Accountancy)

Diperkenalkan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur mengantikan Certified Accounting Technician (CAT)

Program Mod Bekerja

Program khusus untuk pelajar sedang bekerja menyambung pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

Kursus Jangka Pendek

Kursus pendek untuk pensijilan yang dijalankan di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur