Program SkuadMEPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Program SkuadMEPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 09 Januari 2020 – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Bahagian Gerakan Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) MAIWP telah mengadakan Program SkuadMEPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini di Dewan Kuliah 1, KPBKL MAIWP. Seramai 100 orang pelajar KPBKL dan beberapa orang pelajar IPT di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terlibat dalam program ini.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan ilmu kepenggunaan di kalangan pelajar KPBKL MAIWP, memberi pendedahan kepada pelajar mengenai hal ehwal kepenggunaan (hak sebagai pengguna) serta melahirkan mahasiswa yang dapat bertindak sebagai pengguna yang bijak, bermaklumat serta bertanggungjawab.

Lain-Lain Berita