(B.Melayu) Program Sahabat IPB Bersama Perumahan Awam & Perumahan Rakyat DBKL

(B.Melayu) Program Sahabat IPB Bersama Perumahan Awam & Perumahan Rakyat DBKL


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 3 Mac 2018 – Institut Profesional Baitulmal (IPB) telah mengambil inisiatif mengadakan kerjasama dengan Sektor Pembangunan Sosio Ekonomi dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mendekatkan organisasi dengan masyarakat di kawasan perumahan DBKL khususnya dan masyarakat diluar umumnya.

Program yang berlangsung di Dewan Kuliah 1, Menara IPB ini dijalankan bertujuan mendekatkan IPB dengan masyarakat. Program ini memberi ruang untuk berkongsi maklumat tentang peluang belajar di IPB kepada penduduk di sekitar perumahan DBKL melalui taklimat kepada pengerusi dan imam masjid yang dijemput ke IPB. Objektif program ini dijalankan agar maklumat berhubung IPB dan peluang melanjutkan pelajaran di IPB dapat disebarluaskan.

Majlis disempurnakan Hj. Wan Mohammad Ghazali bin Nor selaku Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Ibrahim bin Yusoff Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio-Ekonomi), dan turut bersama beliau pegawai-pegawai Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Haji Razali bin Haji Shahabudin selaku Pengerusi Lembaga Pengarah IPB, Tuan Sakaria bin Semela; Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dr Ismail bin Mat; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif-Akademik & Antarabangsa), dan En. Wan Mohamed bin Wan Ibrahim; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif-Infrastruktur & Hal Ehwal Pelajar, serta barisan Pengurusan Kanan IPB dan warga kerja IPB.

[gdl_gallery title=”03032018″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita