PROGRAM KERJASAMA CSR DIANTARA KPBKL DAN YAYASAN WAKAF MALAYSIA

PROGRAM KERJASAMA CSR DIANTARA KPBKL DAN YAYASAN WAKAF MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menandatangani Surat Hasrat bagi kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat korporat, manfaat disalurkan kepada KPBKL untuk program naik taraf infrastruktur pembelajaran dan pembangunan pelajar KPBKL.

Sesi menandatangani Surat Hasrat ini diadakan di Majlis Penyampaian Biasiswa Al-Falah MADANI anjuran Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bertempat di Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences. KPBKL diwakili oleh Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, manakala YWM diwakili oleh Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Upacara ini turut disaksikan oleh Tuan Haji Zuri bin Zabuddin, Pengerusi Lembaga Pengarah KPBKL.

Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Kehadiran beliau menambah seri majlis ini, sekaligus menyokong usaha memperkasa pendidikan melalui dana wakaf dan biasiswa untuk pelajar asnaf serta B40.

 

Tarikh: 09 Disember 2024

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.