(B.Melayu) Majlis Perbincangan Penulisan Konsep Dan Pelaksanaan Figh Sabahi

(B.Melayu) Majlis Perbincangan Penulisan Konsep Dan Pelaksanaan Figh Sabahi


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 23 Januari 2018 – Institut Profesional Baitulmal telah bertindak sebagai tuan rumah bagi perbincangan penulisan konsep dan pelaksanaan Fiqh Sabahi. Perbincangan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IPB, Tuan Sakaria Semela dan dihadiri oleh Datuk Ustaz Bungsu Aziz Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan Kumpulan Penyelidik Fiqh dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Gagasan penulisan konsep dan perlaksanaan Fiqh Sabahi ini bertujuan untuk menerangkan konsep dan perlaksanaan Fiqh di Negeri Sabah selain mendapatkan percambahan idea dari para ulama, umara, aktivis dakwah, para pemikir, dan wakil-wakil masyarakat. Hal ini kerana Ilmu Usul Fiqh merupakan sebahagian daripada ilmu syarak yang terbesar. Ilmu ini meletakkan garis panduan yang tepat bagi seorang mujtahid untuk mengistinbatkan sesuatu hukum, memelihara mujtahid daripada tergelincir dan menyimpang daripada kehendak syarak yang sebenar semasa berijtihad dan membuka kepada penyelesaian-penyelesaian hukum bagi setiap permasalahan dalam syariat Islam.

[gdl_gallery title=”figh-sabahi” width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita