[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 20 Julai 2019 – Seramai 35 orang pelajar semester 3 Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH) Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah mengadakan “Flashmob Halal 2.0′ siri 1 yang bertemakan Halalan Thoyyiban di Taman Tasik Permaisuri, Cheras semalam.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan halalan thoyyiban kepada masyarakat dalam bentuk yang lebih santai dan kreatif.
Flashmob yang diadakan ini berbeza daripada kebiasaan tidak melibatkan aktiviti nyanyian dan tarian tetapi ia lebih kepada konsep gimik, sketsa ringkas dan bicara berirama menggunakan prop tertentu untuk menarik minat orang ramai.
Turut serta dalam program ini adalah Ketua Program DPIH, Amirah Binti Mohd Azmi. Program Flashmob Halal 2.0 ni anjuran Diploma Pengurusan Industri Halal, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, KPBKL (MAIWP) dengan kerjasama Halal Industri Generation (HiGen).
[gdl_gallery title=”20170720-01″ width=”900″ height=”500″ ]