(B.Melayu) Memorandum Perjanjian (MOA) Di Antara Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd Dan Fajar Hidayah International Sdn Bhd

(B.Melayu) Memorandum Perjanjian (MOA) Di Antara Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd Dan Fajar Hidayah International Sdn Bhd

Other Current News


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 08 Disember 2017 – Pengantarabangsaan dengan menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd bersama Fajar Hidayah International Sdn Bhd pada Jumaat 8 Disember 2017/ 19 Rabi’ulawwal 1439H di Bilik Seminar Institut Profesional Baitulmal Kuala Lumpur.

IPB diwakili Dato’ Hj Razali Shahabudin (Pengerusi) dan Tuan Sakaria Semela (Ketua Pegawai Eksekutif), manakala FHI diwakili Tuan Mirdas Eka Yora (Pengerusi Fajar Hidayah International) dan Tuan Mohamad Fadzil Husin (Pengarah).

Disaksikan Tuan Sakaria Semela (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Tuan Mohamad Fadzil Husin (Pengarah), perjanjian itu antaranya bakal menyaksikan kehadiran pelajar dari Indonesia dan antara cadangan-cadangan program adalah seperti 1. Sekolah Islam Antarabangsa 2. Diploma awal kanak-kanak 3. Diploma Eksekutif dalam Metodologi Pengajaran Kreatif 4. Taska Lab 5. Latihan mengajar dalam kreatif metodologi

Terdahulu, Tuan Mirdas Eka Yora dalam ucapannya, usahasama ini dijangka akan meningkatkan kualiti masyarakat Islam terutama dalam pendidikan di malaysia dan indonesia , katanya.

Beliau percaya bahawa memorandum yang ditandatangani akan menyokong Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd dan Fajar Hidayah International Sdn Bhd dalam mengambil satu langkah ke hadapan ke arah mencapai matlamat itu.

“IPB mempunyai semua kualiti yang kita cari sebagai sebuah institusi rakan kerjasama, iaitu rekod kecemerlangan berdaftar dalam bidang akademik selain pelbagai program yang telah tersedia menyokong pelajar untuk berjaya.

“Belajar di IPB merupakan peluang yang baik kepada para pelajar kami dalam mendapatkan ilmu dan pengalaman di sebuah institusi pendidikan yang terkenal bernaung di bawah Institusi Majlis Agama Islam,” tambah Tuan Mirdas.

Menurutnya lagi, pihaknya tidak mempunyai keraguan bahawa apabila pelajar-pelajar mereka lulus dari IPB, mereka telah mencapai tahap pendidikan akademik yang lebih tinggi.

“Kami berharap para pensyarah serta seluruh warga Institut Profesional Baitulmal, akan memberi dorongan dan motivasi kepada pelajar kami untuk membuat perubahan kepada masyarakat Insonesia serumpun,” katanya.

Majlis menandatangani MoA itu turut dihadiri barisan pengurusan tertinggi kedua belah pihak antaranya Puan Draga Rangkuti (Pengarah FHI), En. Wan Muhamed Wan Ibrahim (TKPE IHEP IPB) dan barisan pengurusan.

[gdl_gallery title=”fajar-hidayah” width=”900″ height=”650″ ]