(B.Melayu) MoA Antara IPB Bersama Rakan Strategik AITAF Dan KVR

(B.Melayu) MoA Antara IPB Bersama Rakan Strategik AITAF Dan KVR


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 31 Mac 2018 – Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Institut Professional Baitulmal (IPB) dengan rakan strategik Akademik Intergrasi Tahfiz Al Falah (AITAF) dan Knowledge Ventures Resources (KVR) telah diadakan pada 3 Mac 2018 bertempat di Dewan Kuliah 1, Menara IPB.

Jaringan kerjasama dengan rakan strategik ini merangkumi aspek program pendidikan dan pembangunan bersama, penyelidikan, pembelajaran dan kesedaran awam terutamanya dalam bidang pembangunan pelajar-pelajar Islam dan lain-lain kerjasama bagi mewujudkan kepentingan bersama berteraskan konsep Islamik di bawah strategi meramaikan muslim dalam bidang professional.

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Institut Professional Baitulmal (IPB) dengan rakan strategik AITAF & KVR ini merupakan satu langkah ke hadapan dalam mencapai matlamat kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi IPB; YBhg Dato’ Haji Razali Shahabudin, Ketua Pegawai Eksekutif; Tuan Sakaria Semela, Timbalan KPE (Akademik & Antarabangsa); Prof. Dr. Ismail Mat, Pendaftar; Puan Rokiah Yunus serta pensyarah dan barisan pengurusan IPB.

[gdl_gallery title=”31032018b” width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita