Majlis Permuafakatan Pejabat Pendidikan Daerah Keramat

Majlis Permuafakatan Pejabat Pendidikan Daerah Keramat

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 15 April 2022 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) menjadi tuan rumah bagi Majlis Permuafakatan Pejabat Pendidikan Daerah Keramat bersama rakan strategik tahun 2021 yang telah berlangsung pagi tadi.

Sebanyak 30 agensi kerajaan dan swasta terlibat dalam majlis ini. Tujuan majlis ini diadakan adalah memberi maklumat mengenai program dan  bentuk kerjasama yang boleh dijalankan di antara agensi-agensi yang terlibat dengan PPD Keramat. 

Sesi penerangan program ini telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Maliza Binti Abd Malek, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan. Turut hadir dalam program ini adalah Ustazah Rohayu Yusoff, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Akademik Pelajar & Alumni (HEPA).

Lain-Lain Berita