Majlis Perasmian Hari Keusahawanan Islam

Majlis Perasmian Hari Keusahawanan Islam

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 6 November 2019 – Pagi ini telah berlangsung perasmian Hari Keusahawanan Islam anjuran pelajar Kursus Asas Keusahawanan Islam (Homegrown) dengan kerjasama pelajar Kursus Perhubungan Awam (UiTM) di Dewan Kuliah 1, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk mendedahkan para pelajar berkenaan ilmu perniagaan dan mengaplikasikan kemahiran keusahawanan secara praktikal serta membina semangat berpasukan. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Cik Kausar Binti Ismat’ Anunu, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Program ini akan berlangsung hari ini, 13 dan 20 November 2019. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pn. Yusnifarina Binti Yunus, Dekan Fakulti Pengajian Teknokorporat, Cik Siti Balqis Binti Ali Napiah, Timbalan Dekan (Akademik), Fakulti Pengajian Teknokorporat, Pn. Nor Azzah Binti Zulkifli, Pensyarah dan Pn. Siti Hajar Binti Md Zin, Pensyarah.

Lain-Lain Berita