(B.Melayu) Majlis Memperkasa Integriti Melalui Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

(B.Melayu) Majlis Memperkasa Integriti Melalui Lafaz Ikrar Bebas Rasuah


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 15 Februari 2018 – Institut Profesional Baitulmal (IPB) bersama warganya berazam untuk mengorak langkah lebih jauh dalam memantapkan keutuhan integriti dan tadbir urus. Bersempena dengan keazaman itu, IPB dengan jayanya telah melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melalui Majlis Memperkasa Integriti Melalui Lafaz Ikrar Bebas Rasuah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur pada 15 Februari 2018 bertempat di Dewan Kuliah 1, Menara IPB.

Keterbukaan dan sifat tanggungjawab yang dipamerkan barisan kepimpinan dan warga IPB dalam menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) membuktikan bahawa IPB komited dalam usahanya untuk membanteras dan memerangi rasuah.

Turut hadir pihak pengurusan IPB, YBhg. Dato’ Haji Razali bin Haji Shahabudin; Pengerusi Lembaga Pengarah IPB, Tuan Sakaria bin Semela; Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dr Ismail bin Mat; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif – Akademik & Antarabangsa, dan En. Wan Mohamed bin Wan Ibrahim; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif – Infrastruktur & Hal Ehwal Pelajar, serta barisan Pengurusan Kanan IPB dan warga kerja IPB.

Majlis disempurnakan dan disaksikan oleh PKPj Zainuddin bin Hussin (Timbalan Pengarah, (pencegahan), SPRM Kuala Lumpur), dan turut bersama mengiringi beliau pegawai-pegawai SPRM dari Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Kuala Lumpur.

[gdl_gallery title=”15022018″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita