(B.Melayu) LCCI Marketing & Business Focus Group Di IPB

(B.Melayu) LCCI Marketing & Business Focus Group Di IPB


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 18 Januari 2018 – Delegasi Pearson dari United Kingdom (UK) dan Cawangan Malaysia hadir ke Institut Profesional Baitulmal (IPB) bagi mengadakan Focus Group Meeting (FCM) untuk re-develop Diploma in Business Studies LCCI. Delegasi disertai oleh Ms Harriet, Vocational Manager (UK), Mr. Daniel Rae-Scott, Assessment Designer (UK) dan Mr. Hisyam Suhaimi, Key Account Manager (Malaysia). Menyambut delegasi dan mempengerusikan mesyuarat ialah Timbalan Ketua Pegawai Ekeskutif (Akademik & Antarabangsa) IPB, Dr. Ismail Mat. Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah pengurusan kanan serta para pensyarah Program LCCI IPB.

Focus Group Meeting (FCM) bertujuan mendapatkan maklum balas daripada pensyarah dan pelajar berkaitan penawaran beberapa subjek baru seperti Marketing dan Public Relations. Maklum balas turut melibatkan mock test di kalangan pelajar yang terlibat.

Focus Group Meeting (FCM) telah membincangkan beberapa pendekatan baru selaras dengan re-develop Diploma in Business Studies LCCI. Antaranya kajian bersama pihak pengurusan dan akademik IPB bagi penawaran kursus baru seperti Pemasaran Digital, Penulisan Naskah Iklan & Kandungan, Prinsip-prinsip Perniagaan dan Kemahiran Keusahawanan.

Mesyuarat turut mendengar ulasan perbandingan oleh pensyarah bagi struktur baru, format dan gaya penilaian Program LCCI khususnya bagi subjek Marketing Level 2 & 3, dan Public Relations Level 2 & 3. Di akhir sesi mesyuarat, maklumbalas para pelajar mengenai gaya dan format terhadap Mock Test yang diberikan turut dibincangkan.

[gdl_gallery title=”lcci-uk” width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita