Lawatan Kerja UniSZA KE KPBKL

Lawatan Kerja UniSZA KE KPBKL

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 25 Ogos 2020 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah menerima lawatan kerja dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pagi ini. Lawatan kerja ini bertujuan membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan antara Pusat Pengajian Teras (PPT), UniSZA dan KPBKL dari segi penyelidikan, pembangunan staf, pelajar dan lain-lain lagi. Delegasi UniSZA telah diwakili oleh YBhg. To’ Puan Prof. Madya Dr. Nizaita Omar, Pengarah, Cik Nabilah Ismail @Abd Latif (Timbalan Pengarah Akademik), Dr.Hanif Md Lateh (Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan), Dr. Razi Yaakob (Pensyarah Kanan), dan Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah (Profesor di PPT). KPBKL telah diwakili oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL, Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor KPBKL dan barisan pengurusan tertinggi KPBKL. Semoga kerjasama yang terjalin antara KPB dan UniSZA dapat meningkatkan kecemerlangan kedua-dua belah pihak.

Lain-Lain Berita