(B.Melayu) Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah

(B.Melayu) Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 9 Mac 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah mengendalikan Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah (KPPU) atau Umrah Specialize Enhancement Course (USEC) selama dua hari bertempat di Studio 2, KPBKL. Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada 35 Agensi Pelancongan dan seorang peserta persendirian terlibat dalam kursus ini.

Kursus ini merupakan antara inisiatif kerajaan di bawah Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), bagi memantapkan urus tadbir dan tatakelola pengurusan umrah. Selain daripada itu, kursus ini merupakan pra-syarat kepada agensi pelancongan untuk mendapatkan Lesen Khas Umrah (LKU). Sehingga kini, terdapat 148 Agensi Pelancongan yang telah diberikan LKU oleh Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia.

Majlis penutup dan penyampian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR). Turut hadir pada majlis penutup ialah Tuan Sakaria Semela. Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL).

[gdl_gallery title=”20190309″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita