Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah (Umrah Specialized Enhancement Course – USEC)

Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah (Umrah Specialized Enhancement Course – USEC)

Other Current News

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 10 April 2021 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) merupakan satu-satunya penyedia Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah (Umrah Specialized Enhancement Course – USEC) semenjak 2016. Kursus ini merupakan kerjasama strategik antara KPBKL – MOTAC (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan) untuk kawal selia industri umrah melalui latihan dan pelesenan agensi pengendali umrah.

Sejak pelaksanaan USEC bermula pada Februari 2016, sebanyak 500 agensi pengendali umrah telah menyertai kursus ini dan selaras dengan norma baharu dalam tempoh pendemik Covid 19, USEC Siri 1/2021 pada 10 – 11 April 2021 dilaksanakan secara atas talian (online) dan dibawakan secara live kepada peserta dari studio begerak yang beroperasi di Bilik Latihan Korporat KPBKL.

Seramai 41 orang peserta daripada 34 agensi pengendali umrah dan pelancongan terlibat pada kursus kali ini. Fokus kursus adalah kepada memantapkan urus tadbir dan tatakelola pengurusan umrah di Malaysia. Selain itu, kursus ini juga merupakan pra-syarat kepada agensi pelancongan untuk mengendalikan pakej Umrah.

Selaras dengan kerjasama strategik KPBKL- MOTAC dalam kawal selia industri umrah serta rekod pengendalian USEC ke atas 500 agensi pengendali umrah, ditambah dengan penawaran Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (program pertama seumpamanya di Malaysia dan di dunia) yang telah menerima pengiktirafan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah meletakkan KPBKL pada landasan yang kukuh sebagai ‘One Stop Centre’ latihan dan pembangunan sumber manusia industri umrah.