Kunjungan UUM ke KPBKL

Kunjungan UUM ke KPBKL

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 07 April 2021 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur telah menerima lawatan kerja dari Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) pagi ini.
Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk membincangkan jalinan kerjasama di antara UUM dan KPBKL bagi bidang Pengurusan Halal. Kerjasama ini memberi peluang kepada graduan KPBKL untuk melanjutkan pengajian di UUM dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Halal.

Delegasi ini telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md Hussain, Dekan Islamic Business School (IBS), Prof. Madya Dr. Mohd Shahril Ahmad Razimi – Ketua Jabatan Muamalat & Pengurusan Halal, Dr. Mohd Adib Abd Muin, Penyelaras di Jabatan Muamalat & Pengurusan Halal, Dr. Syarifah Md Yusof, Pensyarah di Jabatan Muamalat & Pengurusan Halal, Dr. Nor Aina Mhd Khotib – Pensyarah di Jabatan Muamalat & Pengurusan Halal.

KPBKL telah diwakili oleh Dr. Mohamad Fitri Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor Akademik & Penyelidikan, Pn. Rohayu Yusoff, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Pn. Rosmawati Muhammad Zain, Bursar, En. Wan Mohamed Wan Ibrahim, Ketua Pustakawan, Cik Kausar Ismat’ Anunu, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FPKI), Nafidah Binti Mohd Hasan, Timbalan Dekan FPKI, Cik Amirah Mohamad Azmi, Ketua Program Diploma Pengurusan Industri Halal, dan Pn. Siti Nadra Mohamed, Koordinator Akademi Halal KPBKL.

Lain-Lain Berita