Kunjungan Pengerusi MAIWP Ke Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur (KPBKL)

Kunjungan Pengerusi MAIWP Ke Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur (KPBKL)

KUALA LUMPUR: YBhg. Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan kunjungan ke Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur (KPBKL) dengan diiringi delegasi MAIWP. Kehadiran beliau bagi menyantuni pihak pengurusan serta warga kerja disamping menyatakan keperihatinan kepada pembangunan KPBKL dalam menaiktaraf pendidikan anak-anak asnaf. Kehadiran beliau disambut baik oleh Pengerusi KPBKL, YBhg. Tuan Haji Zuri Zabuddin Budiman, turut serta Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low Abdullah dan barisan pengurusan.

20 Jun 2024

Sumber: KPBKL

Lain-Lain Berita