(B.Melayu) Kunjungan Hormat Maktab Mahmud Kuala Muda Kedah Ke IPB

(B.Melayu) Kunjungan Hormat Maktab Mahmud Kuala Muda Kedah Ke IPB


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 2 Februari 2018 – Institut Profesional Baitulmal (IPB) berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Maktab Mahmud Kuala Muda Kedah yang diwakili En. Abdul Ghani Abidin selaku pengetua, En Mohd Fauzi Ismail; mantan pengetua serta barisan pengurusan dan guru-guru Maktab Mahmud Kuala Muda Kedah. Pertemuan ini telah membincangkan kerjasama dua hala yang boleh diterokai bersama antara IPB dan Maktab Mahmud Kuala Muda Kedah dalam bidang penyelidikan, akedemik dan juga perkongsian ilmu. Dalam pertemuan ini, kedua-dua belah pihak sepakat tentang objektif yang ingin dicapai bersama, iaitu membantu anak-anak asnaf dari segi peluang pendidikan.

IPB diwakili Timbalan KPE (Akademik & Antarabangsa); Prof. Dr. Ismail Mat, Timbalan KPE (IHEP); En. Wan Muhamed Wan Ibrahim, serta barisan pensyarah dan pengurusan IPB.

Diharapkan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala kedua-dua belah pihak dalam membangunkan pengurusan institusi pendidikan Islam dan akademik berhubung hala tuju pelajar, Insyallah.

[gdl_gallery title=”02feb2018″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.