KPBKL & PERTAMA Terima Pelajar Sulung Sijil Profesional Strata

KPBKL & PERTAMA Terima Pelajar Sulung Sijil Profesional Strata

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 1 Julai 2021 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dengan kerjasama Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia (PERTAMA) menerima 11 orang pelajar sulung bagi Sijil Profesional Strata hari ini. Pelajar yang terdiri daripada anak-anak asnaf ini akan mengikuti pembelajaran sijil ini selama 3 bulan secara teori dan akan menjalani latihan praktikal selama 3 bulan.

Sijil professional ini yang buat julung kalinya ditawarkan di KPBKL merupakan satu inisiatif KPBKL dan PERTAMA dalam membantu pelajar-pelajar asnaf yang mempunyai kelayakan SPM atau tahfiz untuk menceburi bidang ini dengan harapan dapat memberi peluang pekerjaan kepada mereka setelah tamat kursus ini. Program ini adalah tajaan penuh yang mana para pelajar ini menerima faedah seperti yuran pengajian ditanggung dan menerima elaun bulanan sebanyak RM300.

Para pelajar ini telah diraikan dalam Majlis Perasmian Dan Taklimat Pelajar Program Sijil Profesional Pengurusan Strata hari ini secara dalam talian menggunakan medium Google Meet. Majlis ini telah dimulakan dengan ucapan alu- aluan oleh En Kamarul Azhar bin Abd.Rahman Pengarah Pusat Pengurusan Bakat dan Pembangunan Profesional, di ikuti ucapan YBhg Dato’ Sr. Dr. Azimuddin bin Bahari Pensyarah Utama dan Koordinator Program Sijil Profesional Pengurusan Strata dan ucapan YBhg Prof Dr. Ismail bin Omar Presiden Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia (PERTAMA). Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Dr Mohamad Fitri bin Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor Akademik & Penyelidikan (penanggung tugas Rektor & KPE).

Tahniah diucapkan kepada 11 orang pelajar ini. Selamat maju jaya.

Lain-Lain Berita