Jawatan Kerjaya

Pegawai Tadbir (Pengurusan Risiko)

JABATAN / BAHAGIAN

Unit Audit Dalam

TARAF JAWATAN

Kontrak

Ringkasan Bidang Tugas

1. Membangunkan dan mengemaskini dasar dan prosedur pengurusan risiko yang komprehensif, selaras dengan amalan terbaik industri dan keperluan kawal selia.

2. Membantu dalam penyediaan khidmat rundingan dan cadangan penambahbaikan berkaitan pengurusan risiko kepada pihak Pengurusan dan Jabatan/Bahagian/Pusat/Unit di KPBKL.

3. Membangunkan dan melaksanakan kerangka pengurusan risiko, termasuk pendaftaran risiko, untuk menilai dan memantau risiko yang telah dikenalpasti. Menyemak petunjuk risiko dan metrik prestasi secara berkala untuk mengenalpasti risiko yang memerlukan tindakan.

4. Berkolaborasi dengan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk membangunkan dan melaksanakan strategi pengurusan risiko yang berkesan, termasuk langkah kawalan dan rancangan kontigensi.

5. Mengendalikan sesi latihan dan bengkel untuk meningkatkan kesedaran mengenai prinsip dan amalan pengurusan risiko dalam kalangan pekerja serta membudayakan pemikiran berasaskan risiko.

6. Menyediakan laporan pengurusan risiko secara berkala kepada pengurusan atasan, jawatankuasa yang berkaitan dan Lembaga Pengarah.

7. Berkolaborasi dengan pasukan Audit Dalam dengan memberikan khidmat sokongan yang diperlukan semasa proses pengauditan dan pemeriksaan. Memastikan pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan dasar organisasi yang berkaitan dan diselaraskan dengan aktiviti pengurusan risiko.

8. Menjalankan tugasan lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Syarat Kelayakan Minimum

1. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan / Kewangan / Matematik / Sains / Pentadbiran / Perniagaan / Teknologi Maklumat / Teknikal atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Mempunyai sekurang-kurangnya 1 (satu) hingga 3 (tiga) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.

3. Berkemampuan untuk memimpin serta berfikir secara kreatif dan kritis, mempunyai kebolehan tinggi dalam pengurusan, komited dalam kerja berkumpulan, analitis, fleksibel, proaktif dan berupaya bekerjasama dengan semua lapisan anggota serta mempunyai hubungan baik dengan agensi luar.

4. Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan komputer, khususnya aplikasi Microsoft Office.

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.