IPB Sports Representative Contingent in UiTM Affiliated College 2013 (SUKOB 2013

IPB Sports Representative Contingent in UiTM Affiliated College 2013 (SUKOB 2013

Kontijen Sukan IPB telah menyertai Kejohanan SUKOB 2013 yang telah berlangsung selam 5 hari bermula 20 – 24 Mei yang lepas.

Kejohanan yang berlangsung di UiTM Cawangan Jengka, Pahang menyaksikan 20 Kolej – Kolej Bersekutu mengambil bahagian termasuk InsTedt, UCSA (Shahputra), Kolej Unikop, Kolej Polytech Mara, Micost dan lain – lain Kolej Bersekutu UiTM seluruh Malaysia

Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (Instedt) telah menjadi juara 2 edisi berturut – turut selepas menjadi johan pada edisi tahun 2013. Kontijen IPB tidak kurang membanggakan pada edisi kali ini dimana kontijen berjaya membawa pulang 1 emas, 3 perak dan 1 gangsa melalui acara pelajar dan 2 emas, 1 perak dan 1 gangsa bagi acara pegawai.

Emas pelajar disumbang Skuad Bola Tampar Wanita manakala 3 Perak pelajar disumbang melalui Regu pertama IPB bagi Sukan Takraw, Badminton Perseorangan dan Skuad Bola Jaring. Manakala pingat gangsa disumbang Regu Kedua Sukan Takraw.

Bagi Acara pegawai, 2 emas disumbang melalui Futsal Lelaki dan juga Beregu Wanita manakala 1 perak di sumbang melalui acara Bola Tampar Lelaki.

Dengan berakhirnya cabaran Kontijen IPB pada cabaran SUKOB 2013. Unit Hal Ehwal Pelajar akan memperbaiki segala kelemahan dan akan memberikan saingan terbaik pada Kejohanan SUKOB yang akan datang.

[gdl_gallery title=”Sukob2013″ width=”200″ height=”200″ galid=”1″ ]IPB Sports Representative Contingent in UiTM Affiliated College 2011

Article is in progress.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.