(B.Melayu) Lawatan Comperative Study Baznas Provinsi Banten Ke Institut Profesional Baitulmal

(B.Melayu) Lawatan Comperative Study Baznas Provinsi Banten Ke Institut Profesional Baitulmal


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 27 Oktober 2017 – Institut Profesional Baitulmal telah menerima sesi kunjungan hormat dari pihak Baznas Provinci Banten dalam lawatan ke Malaysia melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan selama 2 hari bagi berkongsi pengendalian zakat.

Antara perkara yang disampaikan adalah sumbangan zakat melalui saluran baitulmal kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program-program yang ada di Institut Profesional Baitulmal dan peluang jaringan kerjasama pendidikan dan latihan yang boleh diwujudkan kedua belah pihak.

Turut hadir ialah Timbalan KPE (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Ismail Mat, En. Wan Mohamed Wan Ibrahim, Timbalan KPE (iHEP), dan Prof. Dr. H. Suparman Usman, S.H. beserta rombongan dari Baznas Provinsi Banten.


[gdl_gallery title=”baznas-provinsi-banten” width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.